KOTA TINGGI: “Bukan setakat dicakar di belakang badan, malah telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki saya juga digigit,” kata Muhammad Rafiq Abdul Rashid yang diserang empat anjing jiran ketika berjalan pulang bersama kembarnya, Muhammad Rafie, ke rumah mereka di Kampung Panti di sini.Selanjutnya di SINI
Murid berusia sembilan tahun itu berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, dia hanya mampu menutup muka sambil meraung kesakitan.
Dia yang ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini, semalam, berkata ketika kejadian itu dia dan Muhammad Rafie berjalan kaki pulang ke rumah sebelum tiba-tiba dikejar empat anjing jiran.
Menurut murid tahun tiga itu, kembarnya sempat melarikan diri tapi dia gagal berbuat demikian kerana terjatuh menyebabkan dia dikerumuni empat anjing berkenaan.
“Saya dicakar serta digigit. Sakit sangat rasanya masa itu. Tidak lama kemudian kembar saya datang bersama beberapa penduduk lalu menghalau semua anjing itu.
07 April 2011
TELINGA NYARIS PUTUS [GAMBAR]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sian deorg...tula..sape2 nampak anjing liar ke...cepat2 buat report....kang da jadi kejadian, baru nak bertindak...sian tau..
slalu nye mcm tu la...
bile da ade kes cmni baru la sebuk nk tangkap anjing2 liar ni..
padahal owner tu yg spatutnye kne skali..
banyak sangat anjing liar yang berkeliaran....pihak berkuasa tak ade usaha untuk membenteras...bila dah ade kes barulah nak sibuk2..
hadoiiyaii..! sakitnyeeee..! ngeee..
tu la dia... masalah PBT.. dah terantuk baru nak terngadah..
Post a Comment