30 November 2010

ASKUM....A'KUM...SEMEKOM..AS SALAM?

**cedok dr fesbuk.. Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;        

 “WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada LIZA yer” (contoh jer..)

Dan bukannya : “Kirim salam kat LIZA yer.."

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    

” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan  “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

p/s: sharing is caring maa.

29 November 2010

MY 2nd ASSIGNMENT DARI ChurpChurp

Mode : Autopublish (saat sekarang mama tgh jaga exam..)

Salam..

Hari tu mama ada cerita pasal 1st assignment dari churp2 kan...(kalau blom baca klik SINI)
Alhamdulillah.....Jumaat lepas mama dapat 2nd assigment..

sangat2 teruja okeh....

jom tengok iklan pe lak kali ni churp2 offer...


okeh...tentang Mitsubishi ASX..klik pada pict untuk besarkan...

assignment dah submit...so kita tunggu je la approval...

p/s: mama baru je kenal ngan baby churp2 ni..masih dalam proses memahami....nak kena banyak bertanya..sesapa yang terror boleh ler kasi tips yer...

28 November 2010

IKAN SARDIN...OH.. IKAN SARDIN..

Excelli dah lama mama terbaca tentang keburukan ikan sardin nih..
Sejak dari itu..mama cuba tidak memasak ikan sardin..rasanya dah 4 5 bulan...
Stok ikan sardin dalam almari rasanya ada 2 tin kecik dan 1 tin besar..
Terbiar macam tu saja..
Nak buang sayang....
Nak masak dan bagi Incik Abah, anak2 dan diri sendiri makan..takut dapat penyakit plak...
Dok terperap jer la..tunggu expired date..pastu baling jer.. :)

bagi sesiapa yang belum pernah baca pasal ikan sardin ni...
kat bawah ni ada artikel yang mama cedok dari fesbuk..

*sharing is caring kan...hehe

Ermmm ... terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin .... ups, this is my last menu mkn sardin ... cuba sedaya upaya ... takut lak baca artikel di bawah :-Penemuan menakjubkan .... JANGAN MAKAN SARDIN Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

KEMBALI BERSIARAN


Lama sungguh tak berentry..
Lama sungguh mama tinggalkan blog ni bersawang..


Malas sungguh nak update...
Malas sungguh nak menaip..
kan best kalau..mama sebut jer..semuanya terpapar di screen...
hihihi..

Tapi percayalah..

Hari2 mama jengok umah sendiri..
Hari2 mama jengok umah kawan2 (tak semua la..)
Hari2 tengok Incik Nuffnang dok berjoget..

Huhu..walaupun tak berupdate....

Masih ada yang sudi berkunjung..
Masih sudi kasi iklan..(Incik Nuffnang)
Time kasih..semua

oleh tu..
mama cuba sedaya upaya melawan mood malas..
mama kuatkan semangat..kuatkan badan..untuk mula berblog semula..

sememangnya..tugas sebagai pengawas exam..sangat meletihkan..

dan insyaAllah....
kita akan sama2 berBlogwalking seperti dahulu..
hihi...

p/s: badan masih lenguh2...sapa pandai urut??? angkat tangan..

22 November 2010

MY 1st ASSIGNMENT DARI ChurpChurp

Yeahh.......
Akhirnya mama dapat gak tawaran dari ChurpChurp...

Email dah dibalas...
sekarang tengah menunggu sama ada 'iklan' mama diterima ke tidak..

huhu..sangat teruja.....

SURAT DR INCIK SOMI UTK PN SERI

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman

Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik * binti * yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

p/s: bapak2 diluar sana..kalau nak copy paste dipersilakan..hahaha...

21 November 2010

SEX tu ape?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..


"Mummy, mummy..sex tu apa Mi?.."


Terkedulah si ibu..Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.


Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..


Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. 


"Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni..."


seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME :...........
SEX :............
CLASS :..........
SUBJECT :..........

14 November 2010

MENCARI KAWAN SEKERJAYA

Salam hari Ahad...

Entry kali ni..mama nak mencari kawan...
kawan yang sekerjaya...

so sesiapa yang bergelar guru..pendidik..
harap2 sudi2 lah berkongsi dan bertukar2 link ngan mama...

seronok berkawan sambil berkongsi pengalaman...

p/s: nanti mama buat kategori lain plak....mama rasa cara ni..memudahkan mama mengingat kawan2 alam maya ni..kalo tak konpius...

13 November 2010

MAIN ACI SEMBUNYI KAH DIA...??

dah banyak kali mama dengar orang mengata..
dah banyak kali mama terbaca orang komplain..
dah banyak kali mama tunggu...
dah banyak kali mama refresh...

kemana kau menyembunyikandiri wahai iklan ERA FM...??

kenapa tak menunjukkan diri...

malukah engkau..?
merajukkah engkau..?

tak kesian kah engkau pada mama ni..
cuba tengok ni..

dah berhari kau datang...
tapi kau sembunyikan diri...

bangun la..menarilah....ramai yang nak cuit2 engkau tu...

BELUM TIDO....

Adus..otak dah letih....
nak pikir tajuk entry pon dah sengal..
lantaklah..letak jer lah...ada orang kesah...?

orang lain dah tido nyenyak..ada orang kata dah sampai ke bulan..
tapi mama masih bersengkang mata..
kalau buat keja tak per jugak..
ni membuang masa menggodek blog...
hohoho..memang itu hobi ku..

esok kena bangun awal...
kena pegi famili day skolah...
adus..boleh bangun ker ni nanti...?
harap2 tak terbabas...

kerja masih tertangguh..
kalau lah dari tadi siapkan keja..
dah tentu siap...kan...kan..
(suka sangat berkalau2.....)

okaylah..
nak buat entry lain plak..
khas untuk diautopublish besok....

BIRTHDAY LUCKY DRAW_13 -16 NOV 2010

Mama join lucky draw yang dianjurkan oleh Cinta Sari...
syarat penyertaan senang gilerr...

tarikh tutup : 16 nov..

nak join..kelik SINI

CONTEST BERAPA NILAI KAMI??

mama nak join contest ni....


jawapan untuk harga beg dan sticker ialah....

beg : rm 35
sticker : rm 10

kalau uols nak join..kelik jer kat SINI...

12 November 2010

ATHIRAH'S AUNTY 1ST GIVEAWAY

Mama join contest/GA lagi...


GA kali ni tidak bergantung 100% kepada nasib...
siapa yang rajin terjah blog AA ni..
akan dapat habuan...

so apa lagi..uolss tanak ker...

"Mama bekerja sebagai seorang pendidik....setiap hari mama akan memandu sendiri ke tempat kerja yang lebih kurang 26km......mama mengajar di sesi petang... so waktu tengahari baru keluar dari rumah.. kalau menang hadiah handsock ni...alangkah bertuahnya tangan mama..akan terlindunglah dari sinaran matahari...."

hehe......harap2 boleh menang...

jom klik kat SINI untuk join..

opss..kena tag 3 orang kawan..
mama nak tag:
zaikulim
ayongshima
kakngah



p/s: cerita kat atas tu bukan syarat penyertaan tau...saja jer mama nak bergedikss....sekali skala..tak per kan AA...

JALAN LUAS YANG NAK RAGHAIH TEMBOK PASAI PA..?

huhu....tengah sedih ni...

ops...ada yang tak faham ka..
ada sikit bahasa utara terselit kat tajuk..

meh mama explian dulu..

"JALAN LUAS YANG NAK RAGHAIH TEMBOK PASAI PA.?"

Raghaih tu..= lebih kurang panjat..
Pasai pa = pasal apa/kenapa...

ok....sambung ceta..

ni ceta 2 hari lepas...

kejadian berlaku masa mama nak keluar kat gate depan apartment mama ni lah..
kona punya kona..tak lepas (kona tu belok...)
maka itu....tersenerihlah tayar kat divider.. (senerih tu cam tergeser..)

rasa cam sikit jer...
so mama meneruskan pemanduan..dan sampai ke destinasi (skolah) dengan selamatnya...
bila sampai kat skolah lupa plak nak tgk kesan senerih tadi...
bila time balik lagi lah tak sempat..
loceng bunyi jer terus terkam dalam kereta...start enjin..terus vroooommm!! heheh

malam tu terus lupa..

esoknya pulak (pagi semalam..)
mama keluar agak awal..
so cam sempat la godek2 kat dalam keta dulu..(hahah godek apa yer..)
tetiba teringat nak tengok kesan senerih tu...

haaa...mak kau...tengok ler sendiri..




pecah okey....sangat ganazz rupanya....

malam tadi..

mama : abah...pagi tadi mama kona tak lepas kat gate depan tu...
abah : ler awat...salah bajet ka apa..?
mama : ntah..rasa cam lepas..tapi tak lepas..(ayat poyo..hahah)
abah : hahahah (gelak jahat..)
mama : abah..yang abah langgar divider hari tu...kat mana arr...sebelah kanan ker kiri...
abah : ari tu langgar divider kat trafic light depat sana tu...
mama : (terus nyampuk..) ermm teruk tak..?
abah : calar sket ja...
mama : ooo...agaknya mula tu dia dah calar dah..pastu kena lagi skali..tu yang patah tu..(ceee...sambil buat2 pikir..)
abah : ehh sudahlah....tu alasan nak kata abah yang bagi calar dulu lah...kecoh punya orang..
mama : hhehehehhe...( senyum simpul2 sambil kenyit2 mata..)

p/s: i lap u my keta...

HARI NI NAK JAWAB SOKLAN

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Mama hari ni nak menjawab soalan2 dari Beela, Mummy Icha dan MJ

Soalan dan jawapannya lebih kurang jer...so mama nak jawab skali harung je...boleh kan..kan kan..?

25 FACTS ABOUT ME

1. Url blog mama ialah www.mamawanie79.blogspot.com..wanie adalah nama panggilan mama dan 79 adalah tahun kelahiran...

2. Mama kepada Dalia Farisya (4 tahun) dan Muhammad Akief Fahmie (2 tahun)..dan isteri kepada Incik abah...

3. Lahir di Perlis..membesar di Perlis...belajar di Perlis..(skbm..smsa..uitm arau..)....menyambung pelajaran di Tanjung Malim (UPSI-Maths)....menetap di Puchong..bekerja di USJ 12, Subang Jaya..

4. Masa remaja dulu..memang selalu cakap.."aku tak nak jadi cegu" tapi sekarang itulah kerjaya mama....seorang pendidik...

5. Kalau mama dah kata berkenan tu.....memang kena dapatkan..kalau tak... muncuuuunng.. (Incik abah kata sampai bole sangkut kuali...)

6. Suka sangat maths...kalau diberi soklan maths...mama akan pulun gak cari jawapan...(patut ler jd cegu maths kan..)

7. Suka makan ayam..hari2 ayam pon tak per....kari ayam..sambal ayam...ayam goreng Kepci lagi sodap.....

8. Dari kecik sampai besar mama suka bela ikan.....dulu kat kampung segala parit(tali air) mama terjun tangkap ikan sembilang (ikan kecik2 seakan ikan guppy...)..dan bila dah besar ni....mama beli akuarium untuk bela ikan guppy....suker sangattt...

9. Mama suka tanam pokok..orang kata bagus berbakti pada tanah...tapi sekarang tinggal kat umah tak de tanah...masih mencari rumah atas tanah...heheh

10. Mama tak suka tengok TV...dengar TV okey...tp kalau dah terikut ngan drama bersiri... mama akan follow sampai ceta tu habis..sebelum ni mama tgk ceta si kelembai..pastu skrg kan da habis...dah tak tgk TV...layan lappy jer...

11. Mama ni jenis sensetif...senang nak mengalirkan air mata...tapi luaran nampak cam ganaz....

12. Dalam usaha nak menguruskan berat badan..tapi sangat pemalas untuk bersenam...

13. Tak suka asap rokok...alhamdulillah dapat Incik abah yang tak merokok...

14. Suka shopingggg!!!!...tapi sekarang kena kurangkan coz nak simpan duit nak beli rumah..

15. Tengah berjinak2 dengan bisnes..mama jual foot detox patch....dengan harga borong tau...harap2 suatu hari nanti boleh jadi bisneswoman berjaya...Amin~ (hahah sempat pomot tu...)

16. Tak suka iron baju!!!.....

17. Suka makan coklat yang ada kacang or almond..huhu..cemana nak kurus..?

18. Selalu guna perkataan KOT di akhir ayat percakapan... contoh : 

si A :esok ada makan2 ker?
mama : ada kot...

si B : esok kena pakai baju sukan ke?
mama: rasa2 nya la kot...

19. Tak boleh membaca buku..atau bersms semasa dalam kereta yang sedang bergerak...terus akan pening...

20. Mama tak kan drive keta kalau Incik abah ada kat tepi..(koz kalau mama drive..mulut Incik abah cam bertih jangung..hahhaah)

21. Pengumpul syilling 50sen bulat...haha ada ker 50 sen 4 segi? rasa dulu penah mama wat entry pasal 50sen bulat ni..nanti mama godek..tak pun kalau ada masa nanti mama wat entry baru..

22. Tak suka cuci muka......tapi sekarang ni dah dapat kesedaran.sikit....dah mula belajar cuci muka...tu pun kadang2  3 hari sekali....mama guna Produk Safi Rania Gold....

23. Malas dan tak pandai make-up.....mungkin satu hari nanti nak blajar make-up..wow..berjangok mak ke skolah nokss...

24. Penah jatuh motor 2 kali....cuma sendi siku jer yang lari..tapi makan berminggu gak nak baek....penah terselit kat celah pokok pisang time ajar sepupu bawak motor...(hahah kelakar..)

25. kadang2 suka berdiam...suka mengasingkan diri....mencari ketenangan......penah abang angkat mama cakap.. perangai mama ni susah nak ditafsir..

ehh dah cukup 25 ker...huhu...rasa cam blom habis nak ceta nih...
ermm tak perlah..len kali kita ceta lagi...

thanks pada kengkawan yang sudi tag mama..

mama tak nak tag yang lain kat sini koz dah ramai yang penah jwb soklan2 ni kan..
mungkin mama akan guna cara lain untuk mengenali kawan2 mama di alam maya ni..

tapi kalau ader yang nak buat..mama tak halang..lagi dialu2kan...

11 November 2010

JOM MAKAN ROTI

sapa penggemar roti tu..mintak maap yer..
hihi..

tak mau cakap banyak..
layan jer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
shomelnyer...macam2 kaler..


wow....bread wif corn...yummy...


kismis & corn....sangat berkhasiat...


cute sangat....

p/s: jangan marah yer..nak ilangkan ngantuk jer nih....

HANYALAH SATU

Hanyalah Satu
Yang bertakhta dihatiku
Hanya dirimu
Yang ku sayangi

Hanyalah satu 

asmara di jiwa
Dan jangan kau sangsi cintaku
Hanyalah satu



p/s: Incik Abah...Pn Mama luv u soooooooo much..

BILA DAH TERBABAS..SUSAH NAK UNDUR

walaupun perkataan terbabas lebih sinonim dengan kenderaan..
tapi entry mama ni bukan nak sentuh pasal keta ke apa yer..
so takkan ade gambar2 penumpahan darah kat sini....



ni mama nak ceta pasal sesi diet mama ni..
nampaknya..kusangka panas hingga ke bulan Januari 2011..
tetapi..rupa2 nya..akhir bulan oct hujan dah turun lebat..

ermm ekoran tu...kawasan utara semenanjung malaysia banjir yer..hihi..

ok..back to story..

hari tu kan mama beriya2 bercerita ke sana ke sini..(sambil tutup muka da malu la...huhu)
tentang progam diet mama ni..
tak makan malam lah..
tak sentuh nasik la....
makan dalam kuantiti sedikit la..
makan sebelum kul 7 mlm la..

pooodaacikk!!...

sekarang angan2 tinggal hampas jer lah...
angat2 taik ayam....(taik ayam tu hangat ker?..)

kenapa?
huhu...
sejak keja menimbun hari tu lah..(salahkan kijo plak..)
bila stress..mama mula makan....
mula tu start dengan makan nasik..tapi stakat pukul 7 jer..malam no meals okey..
huhh..nikmat rasanya..
tapi tak lama pastu..beralih pulak ke malam..
malam2 pegi umah nenek Ros pasti perut ada habuan...
adehhh....
cemano nih..?

so sekarang..mama tengah gigih kumpulkan semula tenaga..kekuatan....mental dan fizikal..
sangat susah okey nak bermula semula...
uolls..tolong doakan semoga mama berjaya mulakan skali lagi ya...
huhu..
mama nak kurusss~

tapi kan...(ayat nak menakal lagi..)
dalam otak mama ni masih dok aim benda2 alah ni....

bila lalu jer depan kedai 'tok wan'..huhuhu..tak bleh tahannnn!!!


cam da lama tak makan.....


incik ketam ni...dah berhari2 mama soh incik abah belikan..nak soh nenek Ros masak cili....owhh sedap....


time lapar rasa meluap2 nak gi awan besaq.....bila kenyang..tak hengen pown.....tapi tetap nakkkkkkk!!
hehe

excelli banyak lagi....kang tak muat plak....
Incik abah slalu kata mama ni mengidam lebih dari orang ngandung....asal nampak jer..terus termengidam..kadang2 boleh termasuk sampai ke dalam mimpi....

adusss....duh..duh..duh....!!
perut tetiba lak lapar...kang ada jugak yang lunch dengan kepci ni........

kay lah....jom layan apo yang ado kat dapur untuk bekpes...

harap2...sesi diet mendiet bermula semula..haha..mokcik nak melaram kebaya ketat noks...!!



p/s: malam tadi..kul 12 boleh dok layan kopok ikan ngan anak dara ku...hahah....diet oi...diet......

YEY YEY..DAH BOLEH REGISTER KAT FB...

dah berhari2 dan berkali2 mama try..
alhamdulillah...akhirnya hari ni berjaya jua...
apa nyer..?
hihi..

uolls penah dengar..
link blog dengan fesbuk...atau..
post entry blog ke fesbuk...?

ermm senang ceta...cam ni...
bila uolls post new entry kat blog...
secara automatiknya...kat fesbuk uols pon akan update pasal entry tersebut..
uolls dah buat ke blom..?

haaa...ni ceta mama ler..
lepas kejadian blog haru biru hari tu..(kes tukar url baru)
mama terpaksa ler register smula blog mama kat dalam fesbuk..
berhari2 mama try..
tp tak boleh...error la....undefined lah..
rasa macam dah putus harapan..(heheh)

disebabkan mama bizi..jadi mama tak sempat nak request..
seakan2 macam dah lupa...
ntah cemana malam ni...teringat balik...
try la register...
skali BERJAYA!!....engkau...
hoho~ mokcik suker noks!!

p/s: bila rasa gembira tepuk tangan....pok pok

10 November 2010

SORRY......

Minggu ni sangat sebok..
tak sempat nak menulis..bercerita..
hanya sempat jengok blog..
tgk siapa yg jengah..
BW kejap..
tapi tak sempat tinggal jejak...

huhu..

ok...bye..
minggu yang memenatkan..
cuti skolah sudah nak bermula.....hoho~

06 November 2010

STRESS vs DIET vs CEKELAT

Siapa kat sini kalau stress rasa nak makan..
angkat tangan......

okey...
kalau kamu antara yang tangan terangkat..hihi
sama lah ngan mama..
agaknya golongan cam kita ni susah ler kowt nak diet...
pandangan mama jer..

dalam seminggu 2 yang lepas...
mama sangat sebok..
kesebokan membuatkan mama tensen dan stress...
so bila stress...secara automatik perut mama akan rasa lapar..
napsu nak makan akan melonjak secara mendadak..
huhu...
oleh tu...secara jelas terang lagi nyata...
diet mama selama 2 minggu lepas hancusss...
pegi skolah..wajib lawat kantin..
malam2 rasa nak mengunyah...
hancuss okey...

uolss penah dengar tak...
coklat menghilangkan stress....?
kalau tak penah cuba tanya pak cik gugel..

haa...kan betul..

so untuk hilangkan stress..
hahaha..memang alasan terbaeeekk okey..
mama beli lah sebotol cekelat..
ni untuk hilangkan stress jer tau...
kih kih kih..

bila STRESS..suka MAKAN....nak hilangkan STRESS makan CEKELAT.....tak GEMOKS ke makan CEKELAT??

huh..aper2 pon semua nak hancuskan diet kuuuu....

jom layan gambar CEKELAT...sodappppppppp~


p/s: nak kena mula berdiet semula..berat dah naik...

MANDI MANDA @ DESA WATERPARK

Lanjutan dari entry INI

Akhirnya kami memilih DESA WATERPARK..

bergerak dari rumah dalam kul 11.30pg...
singgah makan kat restoren ayam kampung (dekat ngan umah jer..)
dan sambung perjalanan dalam kul 12....

pusing2 cari air 100+ dan jajan
lebih kurang kul 1..dah sampai.....
memang dekat jer ngan umah mama....

huhhh..time sampai tu panas terik giler...
kunun plan nak bergambar depan entrance la...
pigi dahh harus semua lari dr plan okeh..
panassssss sangattt...

semua dah siap ready dengan baju renang..
pegi makan pun pakai swimming suit..keh keh keh..
opss bukan mama ler..anak2..
erm tapi nape lah aku tak amik gambar...


masuk dalam..tengok..huhhh ramai nyer umat..
tapi besa ler...
masih ada ruang untuk kami 1 family..hehhe

ok lah..jom la kita bercerita sambil tgk gambar yang sempat mama snap..

 time ni abah ngan yaya dah masuk kolam...saje nak tgk ape si akef ni nak buat...


 muka cuak+sedih bila kena tinggal....dok jer dalam tu..td berebut sgt...


wahhh...pandainya yaya swimming....


hehe...cuba tgk kaki Incik abah..agak2 boleh agak tak air dlm mana?




bukan main sonok lg boleh msk dalam air..



sebok nak naik benda alah nih



yaya.aksi acrobatik tuh...

bila diorg dah mula main panjat2 tu..mama pon terpaksa ler terjun dalam air gak..
hp pon kena lah simpan..kang jatuh dalam air menangis tak berlagu plak...
so...untuk mandi manda kali ni .. ini jer lah gambar yang dapat snap..
huhu....tak bestnyer...
blom leh jadi blogger tegar..

mama memang respek arr kat blogger2 tegar..
kemana pergi gambar mesti padat punyer...
nak kena menuntut nih..

p/s: sangat syokkk

05 November 2010

WET WORLD S.A @ DESA WATERPARK

Salam..
yeahh hari ni mesti ramai yang cuti kan....
pada yang tak cuti tu jangan lah sedih2...
nanti2 cuti jugakkan..heheh (ayat nak sedapkan ati org..)

dah 2 hari planning nak gi mandi manda..
tapi asik tak jadi...
alasan tak sihat..(padahal mama ni malas nak kuar...heheh)
tapi disebabkan kesian kat anak2......
mama kena gagahkan jua diri hari ini....

tapi tu ler.....
ada 2 tempat la plak...

1. Wet World shah alam...
pict ehsan pokcik gugel

yang ni mama tak penah pegi....ermm..kalau nak try boleh juga.....

dan yang kedua ialah..

2. desa waterpark...


pict ehsan po cik gugel

kat sini mama penah gi skali..
ermm...memang best..koz kolam dia sangat luas...
cuba tgk kat gambar yang 1st tu...best kan..

ok..la..
nak gi siap2 daa..
si akief da tak sabar2 dah....
destinasi biar Incik Abah tentukan..heheh

if uols penah pegi n nak kasi komen..dialu2kan.

p/s: nanti mama update ceta kat sana k...bye...

04 November 2010

TAK DER MOOD...IKLAN NUFFNANG...BL NAK JD BE?

Salam...
yeahhh.. hari ni adalah hari ke-2 mama cuti..
sangat bohsan..
sebabnya..
tak gi jalan2.....
kan best kalau gi vacation...melawat negeri2 orang..
kan best kalau pegi bermandi manda...
tapi semua tu dalam planning jer..
masing2 badan tak sehat..
so melepaks kat umah jer lah...

adusss....siyes...sungguh boring..
nak BW pun tadak mood..
tapi target nak kena capai..huhu..
alih2..nak ilangkan tensen..mama main kejar2 lagi ngan incik nuffnang..

yeaaa... mama dapat tangkap D.U.A anak incik nuffnang...


waaahhh....sedapnyer... i like cornetto....

dan......ubat gigi darlie.............


Harap2 pasni leh ler jadi BE LB

p/s: entry pon boring jer..hihi

DIGI INTERNET BROADBAND

Sesiapa yang kat luar sana belum ada internet/broadmand sendiri...
kalau asik kena keluar ke McD ke..cyber cafe ker..atau mana2 tempat yang boleh dapat WIFI free...

apa kata....
Jom dapatkan SATU sekarang....

TAK MAMPU...?

TAK MUNGKIN........

JOM TENGOK NI..

tak nampak?? klik untuk BESARKAN...

Nak info lebih lanjut...boleh lawati DIGI.COM

BE nombot S.E.M.B.I.L.A.N





p/s: huhu....cam tak percaya......thanks nuffnang...ini yang membuatkan mama lebih bersemangat untuk berjuang hehehehe.....nanti mama pomot sket pasal DIGI ni ehhh...TQ soooo much.....

saya nak teka berat baby mama liyana

Sambil jalan2 baca netry kengkawan terjumpa satu kontes ni..
cam menarik....
main teka2 berat baby yang bakal lahir..



ermm dah nama pon teka..

mama main hantam jer lah...

OKey..jawapan mama : berat baby 3.35kg....

saper nak join boleh kelik kat SINI

p/s: harap2 jawapan menyebelahi mama..Amin~ (tak penah menang lagi hih..)

DAH ADA PILIHAN TERSENDIRI....

entry kali ni mama nak ceta pasal anak dara mama.. dalia a.ka yaya a.k.a kakak..

sejak seminggu 2 ni...yaya rajin sangat ajak mama atau pun abahnya gi kedai gunting rambut...
kalau tak pegi tu..siap ngamuk2..majuk2.. huhu.. jenuh gak lah mama nak tipu sunat..heheh
cakap kedai dah tutup la..orang gunting rambut untuk gegirl tak der la... besok la..besok lagi lah.. owhh kesian nyer...

kalau nak ikutkan dolu2.. yaya ni amat penakut nak gunting rambut.. kalau bawak gi kedai..mesti meraung2.. pujuk itu..pujuk ini.. beli itu beli ini.. ingat lagi penah skali tu.. mama ngan abah punyer la bodek yaya untuk gunting rambut...ajak gi beli ais krim dulu....so time nak gi beli tu.. berkali2 kitorang tanya.. pas beli ais krim kita gunting rambut ya.. dengan bersungguh2 yaya akan angguk kepala..owhh lega hati mama masa tuh.. errmm dah kena rasuah nih...selepas dah dapat ais krim..kami pun bawak ler yaya gi kedai gunting rambut... nampak jer pintu kedai dah meraung2.... ugut nak ambik balik ais krim..tak der heran..lagi dikepit ais krim kuat2 sambil melalak pun kuat2.. abisnyer..kitorang balik dengan hati berbunga riang lalang..hihi

dan selepas kejadian tu...mama penah suruh nenek ros bawak yaya gi kedai gunting rambut..dan kata nenek ros..senang jer nak gunting..takder nanes2 pon..ermm so lepas ni kalau ambut pjg balik kena soh nenek ros lah lagi..

tapi kali ni tak lagi....bukan mama yang terkinja2 pujuk dia tapi dia yang terjerit2 marah koz tak bawak dia gi gunting rambut.. so minggu lepas memang dah tak boleh nak lari.. dan sememangnya rambut depan yaya cam dah panjang..dah masuk mata sket2..so mama ingat nak soh gunting depan ja..

sampai kat kedai..

tukang gunting : nak gunting cam na ni?
mama : kakak(yaya) nak gunting rambut cam na?
yaya : kakak nak rambut cam DORA....
mama: haaaa... terkejut terkulat2 kejap..nak gelak pon ada..tapi sengih2 lah jugak...dan mama soh dia gunting bulat jer..dan yang depan kasi pendek skit...dah jadi cam DORA...

yaya ni slalu tengok ceta DORA the Explorer tu.. agaknya dia suka tgk DORA yang shomel tu..kalau dia ada kat umah tu..mesti dia akan pasang ceta DORA...peminat nombot 1 nih...
hihi..apa2 pun layan ler gambar cik yaya kita ni...

kasi trim bahagian depan dulu..koz kat sitew yang terlebeh panjang..


ermm baeknyer muke..tak de nanes2 cam dolu2


wacaaa!! hikmat guntingan ajaib...hahahaha

zasssssss!!....


depan dah pendek...kasi trim belakang...Dora style okeh..
Abah tu tido ker haper???


yeahh Dora wanabi....



PEACE ~

Rambut baru = Nama baru = Yaya = DOYA...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...