17 February 2008

KERANA Aku ingin Mencuba

Bahan-Bahan:

puding:
1 tin susu cair
1/2 tin air (tin susu)
sedikit gula
4 biji telur
2 tutup esen vanila

gula hangus:
2 sudu besar gula
1/3 cawan air

Cara:
untuk gula hangus,
gula dimasak bersama air di dalam loyang.
biar sehingga kekuningan dan alihkan dr api.
gula akan beku dan berkaca.
panaskan periuk kukus.
bancuhkan susu cair bersama air dan gula,
pukul telur dan esen vanila sehingga kembang
dan campur bersama susu yang telah sebati.
masukkan adunan tersebut ke dalam
loyang yang berisi gula hangus.
Apabila periuk kukus panas,
masukkan adunan tersebut untuk dikukus.
kukus dalam masa 20 minit atau sehingga masak.

apabila sudah masak, biarkan ia sejuk dahulu
sebelum ditelangkupkan di atas pinggan..


Photobucket

16 February 2008

KERANA Kecewa..........

hari ni hari Jumaat...
gi sekolah lambat sket..
so ada masa nak surve internet..
aku nak cari resepi PUDING KARAMEL..
hatiku memang frust giler bila mengenangkan
puding ku semalam..
hu..hu..hu..

emm..banyak gak ilmu yang aku dapat..
rupanyer.. kena tapis sebelum masukkan ke dalam loyang..
api tak boleh terlalu kuat..
telur tak boleh kacau sampai berbuih..

dalam dok cari2 resepi n tips..
aku terjumpa ini..
so check it out..

'Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (QS:12:111)'

Islam larang sambut Hari Valentine

Pasangan umat Islam yang bercinta dilarang menyambut dan meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih kerana ia diharamkan oleh Islam, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu Muhammad Ramli Nuh.

Katanya Hari Valentine, yang disambut esok, boleh diibaratkan sebagai mengiktiraf musuh Islam kerana Valentine atau Valentinus terbabit merancang dan menyerang, sekaligus memusnahkan tamadun Islam di Cordoba.

"Orang Islam tidak sepatut meraikannya kerana ia seolah-olah mengiktiraf pihak yang bertanggungjawab memusnahkan sebuah tamadun Islam di Sepanyol," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawwuf Nusantara di sini.

Muhammad Ramli berkata ada pasangan menjadikan Hari Kekasih yang diraikan 14 Feb setiap tahun sebagai alasan untuk berjumpa dan ini akhirnya boleh menyebabkan berlaku perkara terlarang.

15 February 2008

KERANA Sebekas Puding Karamel

hari ni 14 FEBRUARI...
hari berkasih sayang..
tapi aku tak raikan pon..
takder pekdahnyer..
sebab tiap2 hari memang hidupku penuh dgn kasih sayang..

anyway..aper yang aku nak cerita ni..
yang pastinya tiada kaitan dgn 14 Februari..

hari ni aku pegi sekolah cam biasa..
bz giler..
rasa cam nak tercabut urat sendi..
timetable pack giler..7 period..

nak pegi kantin ngan my fren pun tak sempat..
alih2 my fren pegi sorang2..cian dier..
pastu dia kasik puding karamel yang dibeli kat kantin..

beshhh jer aku nengok puding tu..
smooth giler..
rasanyer plaks..maneh giloksss
kalau makan 3 4 bekas leh potong kaki..

so aku cam besa ler..
kalo tak puas hati..balik umah mesti nak wat semula..
dan yang paling penting..
suma bahan kat umah memang dah cukup..

sampai jer umah..
emm aper lagi...
mula lah aku ngoseh2 kan bahan2 dan masak cam cefwan
1st time aku wat puding karamel ari tu rasa cam telur rebus..
kali ni mesti cedappp punyer..

setelah berpenat,berpeluh dan segala ber...
maka tersiaplah puding karamel ku...

tapi hanya Tuhan saja yang tahu...
kalau Puding kat sekolah tadi maneh..
puding yang aku wat 40kali bapok maneh..
makan 2 camca pun boleh potong kaki...
ceh..cemana leh jadi gitew..
frust giler aku..

dan akhirnya puding ku itu...
ku suapkan ke mulut
TONG SAMPAH..
kerana tong sampah memang dah tak der kaki

.....................

14 February 2008

KERANA Aku kekeringan Idea..

Sepatutnya my "BEST FRIEND"
datang hari ni..

tapi tak kunjung tiba..

..apakah aku...

Photobucket

07 February 2008

KERANA Orang nak Datang

ohh..alangkah bahagianya hati ku.....
hari ni dah mula cuti..

kerja ku yang tak siap2 tu..
aku bawak balik rumah..
konon2 nya nak buat la..
ntah boleh ke tidak..
muahaha..

arini aku mula kemas umah..
basuh baju..(bermesin2)
kalau mesin tu boleh cakap
mesti aku ni dah kena cerkah...

lipat baju...yang berbakul2..
tak pasti stok bila punyer...

dan akhir sekali mop lantai..

uihh...lotih giler..

malamnyer kuar amik mommy n famili
kat Restoran Jejantas Sg Buloh..
tak tau jalan nak mai umah aku..
dalam kul 11 gitew..

so malam tu dinner ngan satey kajang jerk..
save tenaga aku...
tak payah nak masak..

sampai umah dlm kul 12..
walaupun lotih giler tp mata tetap tak leh tido..
sambung gosip yang tergendala tadi..
hehe..sempat gosip masa tgh makan satey td..
muahaha..

apala nak jadik ngan sedara2 ku..
ehh..hok sorang tu memang aku tak ngaku sedara..
lantak diorang la..asalkan tak kacau aku sodaaa...

hot story dah abis mata pun makin sempit...
mulut lak yang luas..

so masuk tido sebab sok nak pegi MELAKA..
...beshnyer...

nantikan gambar2 di Melaka..

06 February 2008

KERANA Esok Cuti Sekolah

Beshh nyer esok aku dapat xtra cuti...
sempena CNY..
boleh ler ngemas umah..
dan buat aper yang patut..

mommy n famili nak datang...
plan nak gi ronda Bandaraya Melaka..
hehe...

keja belambak hak...
wat masa cuti la..
lama oo cuti..
hehe..cam angan2 mat jenin ja..

ok la..
jom pi cekolah...

bagi yang meraikannya....


gong xi fat chai

Gong Xi Fat Chai

and

...HAPPY HOLIDAY...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...