30 December 2010

TERKINI : JUMAAT CUTI UMUM

Yahooooooooooooooooooo!!..

Suka benor nampak....

Terima kasih dan tahniah kepada skuad negara.......

p/s: hari jumaat ada pendaftaran tingkatan 1..cemana nih..?

29 December 2010

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010

KUALA LUMPUR – Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.
Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik.
Separuh masa: MALAYSIA 0 INDONESIA 0
Penjaring:
MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)
INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri (min 87)
– Bernama

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus 2


" Sehingga jam 10 malam , berapa banyakkan penyertaan 500 BMHK SOALAN 2 yang diterima oleh BEN ASHAARI ? "

mama teka : 79 penyertaan....


Sapa nak teka pon boleh...klik jer BENASHAARI

28 December 2010

THE 4 WIVES



There was a rich merchant who had 4 wives. He loved the 4th wife the most and adorned her with rich robes and treated her to delicacies. He took great care of her and gave her nothing but the best.

He also loved the 3rd wife very much. He's very proud of her and always wanted to show off her to his friends. However, the merchant is always in great fear that she might run away with some other men.

He too, loved his 2nd wife. She is a very considerate person, always patient and in fact is the merchant's confidante. Whenever the merchant faced some problems, he always turned to his 2nd wife and she would always help him out and tide him through difficult times.

Now, the merchant's 1st wife is a very loyal partner and has made great contributions in maintaining his wealth and business as well as taking care of the household. However, the merchant did not love the first wife and although she loved him deeply, he hardly took notice of her.

One day, the merchant fell ill. Before long, he knew that he was going to die soon. He thought of his luxurious life and told himself, "Now I have 4 wives with me. But when I die, I'll be alone. How lonely I'll be!"

Thus, he asked the 4th wife, "I loved you most, endowed you with the finest clothing and showered great care over you. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No way!" replied the 4th wife and she walked away without another word. The answer cut like a sharp knife right into the merchant's heart. 

The sad merchant then asked the 3rd wife, "I have loved you so much for all my life. Now that I'm dying, will you follow me and keep me company?" "No!" replied the 3rd wife. "Life is so good over here! I'm going to remarry when you die!" The merchant's heart sank and turned cold.

He then asked the 2nd wife, "I always turned to you for help and you've always helped me out. Now I need your help again. When I die, will you follow me and keep me company?" "I'm sorry, I can't help you out this time!" replied the 2nd wife. "At the very most, I can only send you to your grave." The answer came like a bolt of thunder and the merchant was devastated.

Then a voice called out : "I'll leave with you. I'll follow you no matter where you go." The merchant looked up and there was his first wife. She was so skinny, almost like she suffered from malnutrition. Greatly grieved, the merchant said, "I should have taken much better care of you while I could have !"

Actually, we all have 4 wives in our lives
a. The 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it'll leave us when we die.
b. Our 3rd wife ? Our possessions, status and wealth. When we die, they all go to others.
c. The 2nd wife is our family and friends. No matter how close they had been there for us when we're alive, the furthest they can stay by us is up to the grave.
d. The 1st wife is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material, wealth and sensual pleasure.

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 2)


Jawapan untuk soalan ini  

renjerkabloi / http://nohfee.blogspot.com = 97

Untuk soalan 2b

Berdasarkan blog ini , http://familymoza.blogspot.com
" Berapa banyak 'handmade wallet' yang telah mama jahit setakat ini. 

Jawapan :6 wallet


Pendapat tentang soalan kedua:
Soalan kedua agak mencabar..tapi sedikit mudah dari soalan pertama..kenapa kata mudah sikit..? coz ada clue...walaupun ada hanya ada url..tapi kita stil boleh cari pemilik blog tersebut..untuk soalan 2b....memang best sangat boleh jelajah blog kengkawan yang ada nilai kreativiti ni...cantik jer handmade wallet tu...segment ni memang terbaik...dari soalan2 yang diberi...kita secara tak langsung dapat berkenalan..menimba ilmu. melihat kekrevitian seseorang... dapat menambahkan idea...ermm memacam lagi lah....bak kata pepatah...jauh perjalanan..luas pengetahuan....dan komen untuk bahagian beri pendapat ni...memang tak sukerrr...huhu...mama memang tak pandai tulis komen...hahhaha..ok dah..

link ke blog --->  BENASHAARI

PERTAMA KALI BERBOGEL

Aksi yang sungguh berani...

Dikatakan termuntah semasa pestime....dan bila dah berkali2..boleh rasa seronok pulak...huhu..apa lah nak jadi...

---------------------------
RAMAI pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.



Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.

"Waktu itu saya rasa sangat bingung. Bila saya beritahu ibu tentang tawaran untuk berbogel dalam Playboy, dia menyuruh saya lakukan sahaja dan akhirnya saya menerima tawaran berkenaan. Tetapi sewaktu sesi fotografi, saya rasa malu dan mereka terpaksa menghabiskan banyak filem kerana banyak gambar yang tidak jadi," ujarnya.

Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.

sumber:kosmo

27 December 2010

KALAU RASA TAK NAK RUGI..JOM BACA

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. 

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

(dipetik dr email)

p/s: sharing is caring...

26 December 2010

500 BLOG


Nampak tak banner kat atas tu..?
Yeahh...mama join segmen abg ben (ehh abg ker?..hihi)
sesiapa yang nak join boleh klik sini..

Untuk segmen ni mama kena ceta seket pasal diri mama dan kenapa mama berblogging..

Tentang mama :
Mama kepada sepasang putera dan puteri...menetap di Puchong..Seorang cegu....sangat suker soping moping...sedang berusaha untuk kuruskan badan.....tapi suka makan coklat, ais krim dan fastfood...

Tentang blog:
Mama berblog adalah kerana suka-suki..bercerita tentang kehidupan...sambil berkongsi ilmu..dan berkawan mawan....mama suka baca blog2 kawan yang ada sesetengahnya sangat pandai menulis...dan mendengar tentang kejayaan blogger....sekurang2nya..dapat memotivasikan diri mama untuk lebih berjaya...

okey..dah siap..

jom bagitau abg ben..hihi

ANTARA PENDORONG..PENGUAT SEMANGAT DAN PENGUBAT HATI..

Salam tengah hari...

Yeahh.......entry kedua selepas virus malas melanda...

Cemana mama boleh gagahkan diri untuk berblog lagi...?
cemana mama boleh pulih dari virus malas..?

semuanya adalah kerana pokcik nuffnang.....

hehhe.. kenapa...????

walaupun blog mama tak berupdate...
walaupun sekali sekala jer mama jenguk blog....

tapi... pok cik nuffnang tetap kasi mama 'kerja kosong'
tapi mama ni jer tak berusaha untuk dapat 'gaji' lebih...

so dengan berkat kesetiaan pok cik nuffnang.....
mama bangkit dan bangun semula..kikiki..
entah aper2 kan.....

okey..

~chow chin chow~

p/s:.baru2 nak baik ni..memang entry mengarut cencarut....eheee

KEMBALI....KE..HAMBALI..?

Salam pagi ahad semua.....

Lama sungguh mama mendiamkan diri...
ececeh..mendiamkan diri konon..
takdak makna okey...

sememangnya penyakit malas dah menular ke seluruh pelusuk tubuh mama ni...
almaklum la..coti skolah..otak pun nak coti gak..bolehh?

lagi seminggu dua...skolah dah nak bukak..
kena BERTUKAR..dari malas ke rajin ni..
so untuk permulaan..kita tulis blog dulu..kikiki...

kay lah....untuk tukar mood..kita perlu tukar suasana..
so..terciptalah new background...new header..new color...
dah berhempas pulas semalaman..ini jer hasilnya..
amat mendukacitakan.....kelabuuuuusssss....
blom puas hati ni.....
ptg nanti ker....malam nanti ker..kita godek lagi yer....

p/s: okey lah kan sebagai permulaan......hehhe

07 December 2010

BILA I FOLLOW U......U JANGAN HANGIN OKEH

Salam petang.......

Mood sekarang....adalah meronda2...

Sejak meronda ni menjadi hobi mama..
banyak juga ilmu dan pengalaman yang diperolehi...
dan tak ketinggalan juga...banyak juga ragam yang mama jumpa...




" I FOLO U"

sesetengah orang.memang tak suke dengan ayat ni..
kenapa mehh..?

Adakah dengan alasan orang tu memaksa kita FOLLOW blog dia balik..?

Bg mama..mama tak kisah....
even orang tu tinggalkan kat mesej " I FOLLOW U....U FOLLOW ME BACK"
kalau mama rasa nak IKUT mama ikut...
kalau mood mama masa tu malas nak klik IKUT/FOLLOW..so tak klik lah..
atau pun..masa tu niat nak FOLLOW..bila klik tetiba loading lembab...harus tak tunggu okey..

tapi..setakat ni..insyaAllah....kalau ada yang tinggal mesej da folo mama..mama akan jejak dan folo orang tu...
walaupun orang tu tak srh folo pon..kawan biar seribu..
(kalau ada yang terlepas pandang tu harap maaf ye..jgn serik nak tinggal mesej lagi..mama bukan sombong tau..)


Okey..berbalik pada tajuk entry..
bila mama meronda..kadang2...mama akan tinggal mesej ' ronda2 n folo'
its mean..mama da terjah blog tu dan follow blog berkenaan...
ada di antara blogger yang tak berapa suka...
tu yang mama heran...

so..kalau sesapa yang tak suka dengan kunjungan mama dengan ayat2 "folo u...terjah u....jengok u.....folo me balik(yg ni mama blom penah guna..)..." harap uols ignore je lah...
bagi mama ni memang adat orang berblogwalking...
dan adat orang berblog kerdil cam mama ni mencari dan mengUP trafic...

p/s: kita manusia....hidup di dunia....jangan lah sombong.....tak kemana..

SELAMAT TAHUN BARU...

Salam maal hijrah uolss....

Ada ke yang bekerja hari ni?
Hrmm...selamat bekerja dengan hati yang ikhlas yer...

Mesti ramai yang bercuti.....apa xtiviti nak buat eh..?
Tadi..masa mama jalan2 kat FB..ada yang ceta nak gi zoo lah...tido makan kat umah je lah... pegi swimming lah..ermm...best gak kan.....

Mama....?
owhh..mama cuti ler hari ni..
tapi tak plan nak gi memana pon...
nak rehat2 kat rumah..sambil melayan anak2...

kay lah...nak gi naik motor ronda2 kejap..
yuhuuu!!


p/s: Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Bersama berhijrah ke arah yang lebih baik..Amin~

06 December 2010

LAGI RM 7 .. TAK SABARNYA....

Salam semua..

Lama nyer tak hapdet....
Dtg jengok2....
Jalan2....
Walaupun tidak puas hati bila tgk graf UV menurun..tapi mood malas lebih bermaharajalela... apa ler nak jadi kan...

So hari ni... saja nak berentry pasal nuffnag...
Harap2 boleh memotivasikan diri nih...

Mama terlibat ngan dunia berblogging ni dah lama giler..
Tapi masa tu mana reti lagi pasal nuffnang2 nih..
Register tetap register...blogwalking tetap blogwalking..tapi trafic tak naik2 gak...

Namun sejak akhir2 ni..baru mama tahu cara berblogwalking dengan betul..
Alhamdulillah..

Berbalik kepada tajuk entry..
Rasa tak sabar nak cash out duit nuffnang nih..
Lagi rm 7....
Pestime ni U...

01 December 2010

FOOT DETOX..JANGAN TERPEDAYA

Salam....
Sedang berblogwalking..tetiba terjumpa cerita pasal foot detox..
rupanya ramai yang salah faham dengan foot detox ni..

so sebagai penjual, pemborong, pengedar, pengguna dan segala peng yang ada...
mama rasa mama perlu membuat sedikit penerangan dan penjelasan yang Jelas...

FOOT DETOX patch adalah patch yang mengandungi herba dari tumbuh-tumbuhan..patch berfungsi untuk menarik peluh dari badan kita..secara logiknya...bagaimana toksin keluar dari badan kita...? pertama dari bahan kumuh...kedua dari peluh....itu sebab...orang yang kuat bersenam..badan sihat...kerana toksin dah keluar melalui peluh...

KENAPA JADI HITAM..? toksin kita bukan kaler hitam...ader ke bila kita peluh badan jadi hitam..yang hitam tu daki..sebab mandi tak gosok badan...herba kat dalam tu akan jadi hitam bila terkena peluh tu...nak tahu banyak toksin atau tak..sebab tu kita kena cuba pakai....kalau banyak toksin....selepas buka kita akan tengok patch tu sampai berlendir2..kalau stakat hitam saja...itu maknanya tak la teruk sangat..kalau ada kawasan yang masih putih..itu maksudnya..toksin tak banyak...(tp pastikan tampal betul2)..

kalau ada penjual yang cakap toksin kaler itam...memang penjual tu yang penipu..bukan foot detox yang tipu...

Bab ibu menyusu tak digalakkan menggunakan foot detox..sebab tak digalakkan kerana takut mengganggu pengeluaran susu...itu saja.....
sama juga dengan yang ada masalah jantung dan darah tinggi...tak digalakkan sebab...salah satu fungsi patch ni melancarkan peredaran darah..peredaran darah kan bersangkut dengan jantung....so bila dah ada penyakit...kita cuma tak galakkan..takut mudarat...

tapi..ada customer mama yang pakaikan patch ni pada pakcik dia yang ada penyakit darah
tinggi..alhamdulillah..darah tinggi makin kurang.....apa yang mama boleh nasihatkan..kalau kategori2 yg tak digalakkan ni nak pakai juga..makesure under pengawasan...jgn pakai lelama...itu saja..

harap anda semua jelas..
sebarang pertanyaan bole tanya kat bahagian komen...

Mama cakap siyes...sebelum mama jual foot patch ni...mama dah cuba dulu...bila nampak kesan..kaji sikit2..baru mama jual....bukan main hentam jual..pakai pon tak....pastu temberang pembeli.....

*Sharing is Caring

p/s: Kalau ada yang nak order...sila sila...harga memang berbaloi..mama kasi harga borong....(heheh sempat pomot)

D.U.A......K.I.L.O

Salam semua...

Adus!! curi2 masa mama skrg ni untuk bersiaran...
baju belum bersidai....3rd round..
seb baik si akief fahmie dah tido...

berjalan2 ke umah kengkawan adalah wajib..
merepek kat umah sendiri harus...
kang tak berupdate pulak...

so citer hr ni adalah sad story..
kenapa mama kata SAD
beCoz...berat mama yang turun berkilo2 aritu..
naik semula D.U.A K.I.L.O... 2 kilo ok..bukan 2 gram..hoho..



~ zone nak menyalahkan mood ~

Xtiviti berdiet mama TERosak hujung bulan 10 hari tu..
seminggu sbelum 30hb Oct tu kan mama kena wat buku program..
then pas tu..sebuk nak siapkan tugasan skolah lagi..almaklumlah dah akhir tahun..semua nak xpress...
so...secara jujurnya..mood mama adalah TENSEN...
jadi bila dah tensen...mulut kira nak TELAN je lah...
huhu...akhirnya...diet tinggal diet...pantang makan dah bertukar ke pantang nampak...siang malam maaaaakaaann jer..

Penah satu hari tu..
pagi mama dah bekpes nasi lemak kat umah..(Incik abah belikan..)
pegi skolah..makan nasik goreng....
tetiba dapat plak nasik lemak pree..(dah pree...ada yang tak mo ker..?)
opss...burger pree pon ada...
semuanya mama telan dengan rakusnya...(gaya cam org tak jumpa makanan setahun..)

balik umah...ikut Incik abah gi amik anak2 kat umah nenek ros..
harus menelan jugak...(tak ingat makan ape mlm tu..tp kira telan gak la..)
huhu~
selama tu mama takut nak naik ke atas penimbang digital tu....

dan dua minggu yg lepas....
timbul niat nak diet semula...
itupun time gi dating...TERlalu depan cermin besar...
mak ngkau!!...cam gajah bunting..huhu (kalau lah cermin tu boleh cakap...)
balik tu terus timbang..

YA...YA.. berat mama naik 2kg...sukerrrrr...
terimalah hakikat....

setakat hari ni..mama masih belum mampu untuk menahan napsu serakah makan..
mungkin mood tengah tak OK..(nanti mama story kenapa ye..)
tapi mama akan cuba mendisiplinkan diri untuk pakai bengkung+krim panas setiap malam...(kalau boleh siang hari skali..lagi baguskan..kan..kan..tp tak pe kita mula ngan malam dl)



~zon verangan~

owwhh kalaulah kurus cenggini...hurmm..hurmmm..



hehe
:)


~zon janji2 palsu~

pasni..nak kena cuba mula kontrol makan..cam hari tu...mlm jgn mkn...
nak kena erobik pepagi..
wat sit up tiap2 hari...
nak berbengkung hari2...hehehe..(besok perut mak ramping cam kerengge ko jgn jeles nokk...)

p/s: bila nak kurus ni...?

KEMATIAN NGERI DI DEWAN PEPERIKSAAN

Selangor - Satu kematian ngeri telah dilaporkan berlaku disalah sebuah dewan peperiksaan SPM di sini baru-baru ini...Mangsa dipercayai dua beradik..Menurut bukti dan dari pemerhatian keadaan sekeliling, dipercayai mangsa telah terjatuh dari tingkat atas dan berkemungkinan mangsa telah digilis beberapa kali berikutan keadaan mangsa yang hancur....kedua2 mangsa telah dibawa untuk bedah siasat..





Okey......
Tarik nafas..lepas...tarik nafas..lepas...



Selepas dibedah siasat...maklumat yang diperolehi ialah kedua2 mangsa adalah dari sejenis spesis yang di panggil burung cak cak..yang dipercayai baru dilahirkan..




ohhh..kesiannya..

Salam...
Harap jangan terkejut sangat bila baca berita kat atas tu...kisah ni berlaku time mama jaga exam..dewan sekolah tu dah jadi tempat burung buat sarang...kalau time petang2 tu...burung2 berterbangan atas kepala...cit cit sana...cit cit sini.... ada lah 2 3 meja yang dah di tuuttt... kesian la kat calon2 yang mejanya bert@ik burung..tapi diorang ni cam dah tak kesah..agaknyer dah terbiasa kowt..ye lah skolah diorg..

Isnin anak burung jatuh dari atas...semalam pulak telur burung tertempek kat atas meja...tapi agak pelik coz kedudukan meja tu kat tgh...dari mana telur tu jatuh..sarang2 diorg ni kat dinding dewan... hurmm..mama agak....burung tu TERbertelur semasa tengah terbang....logik ker?kikiki...

Hari ni tak der exam....so boleh lepaks puas2...

Nak gi dating ngan Incik abah...auuwww....syookkkk

30 November 2010

ASKUM....A'KUM...SEMEKOM..AS SALAM?

**cedok dr fesbuk.. Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;        

 “WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada LIZA yer” (contoh jer..)

Dan bukannya : “Kirim salam kat LIZA yer.."

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    

” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan  “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

p/s: sharing is caring maa.

29 November 2010

MY 2nd ASSIGNMENT DARI ChurpChurp

Mode : Autopublish (saat sekarang mama tgh jaga exam..)

Salam..

Hari tu mama ada cerita pasal 1st assignment dari churp2 kan...(kalau blom baca klik SINI)
Alhamdulillah.....Jumaat lepas mama dapat 2nd assigment..

sangat2 teruja okeh....

jom tengok iklan pe lak kali ni churp2 offer...


okeh...tentang Mitsubishi ASX..klik pada pict untuk besarkan...

assignment dah submit...so kita tunggu je la approval...

p/s: mama baru je kenal ngan baby churp2 ni..masih dalam proses memahami....nak kena banyak bertanya..sesapa yang terror boleh ler kasi tips yer...

28 November 2010

IKAN SARDIN...OH.. IKAN SARDIN..

Excelli dah lama mama terbaca tentang keburukan ikan sardin nih..
Sejak dari itu..mama cuba tidak memasak ikan sardin..rasanya dah 4 5 bulan...
Stok ikan sardin dalam almari rasanya ada 2 tin kecik dan 1 tin besar..
Terbiar macam tu saja..
Nak buang sayang....
Nak masak dan bagi Incik Abah, anak2 dan diri sendiri makan..takut dapat penyakit plak...
Dok terperap jer la..tunggu expired date..pastu baling jer.. :)

bagi sesiapa yang belum pernah baca pasal ikan sardin ni...
kat bawah ni ada artikel yang mama cedok dari fesbuk..

*sharing is caring kan...hehe

Ermmm ... terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin .... ups, this is my last menu mkn sardin ... cuba sedaya upaya ... takut lak baca artikel di bawah :-Penemuan menakjubkan .... JANGAN MAKAN SARDIN Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam

KEMBALI BERSIARAN


Lama sungguh tak berentry..
Lama sungguh mama tinggalkan blog ni bersawang..


Malas sungguh nak update...
Malas sungguh nak menaip..
kan best kalau..mama sebut jer..semuanya terpapar di screen...
hihihi..

Tapi percayalah..

Hari2 mama jengok umah sendiri..
Hari2 mama jengok umah kawan2 (tak semua la..)
Hari2 tengok Incik Nuffnang dok berjoget..

Huhu..walaupun tak berupdate....

Masih ada yang sudi berkunjung..
Masih sudi kasi iklan..(Incik Nuffnang)
Time kasih..semua

oleh tu..
mama cuba sedaya upaya melawan mood malas..
mama kuatkan semangat..kuatkan badan..untuk mula berblog semula..

sememangnya..tugas sebagai pengawas exam..sangat meletihkan..

dan insyaAllah....
kita akan sama2 berBlogwalking seperti dahulu..
hihi...

p/s: badan masih lenguh2...sapa pandai urut??? angkat tangan..

22 November 2010

MY 1st ASSIGNMENT DARI ChurpChurp

Yeahh.......
Akhirnya mama dapat gak tawaran dari ChurpChurp...

Email dah dibalas...
sekarang tengah menunggu sama ada 'iklan' mama diterima ke tidak..

huhu..sangat teruja.....

SURAT DR INCIK SOMI UTK PN SERI

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman

Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik * binti * yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

p/s: bapak2 diluar sana..kalau nak copy paste dipersilakan..hahaha...

21 November 2010

SEX tu ape?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..


"Mummy, mummy..sex tu apa Mi?.."


Terkedulah si ibu..Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.


Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan? dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..


Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. 


"Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni..."


seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME :...........
SEX :............
CLASS :..........
SUBJECT :..........

14 November 2010

MENCARI KAWAN SEKERJAYA

Salam hari Ahad...

Entry kali ni..mama nak mencari kawan...
kawan yang sekerjaya...

so sesiapa yang bergelar guru..pendidik..
harap2 sudi2 lah berkongsi dan bertukar2 link ngan mama...

seronok berkawan sambil berkongsi pengalaman...

p/s: nanti mama buat kategori lain plak....mama rasa cara ni..memudahkan mama mengingat kawan2 alam maya ni..kalo tak konpius...

13 November 2010

MAIN ACI SEMBUNYI KAH DIA...??

dah banyak kali mama dengar orang mengata..
dah banyak kali mama terbaca orang komplain..
dah banyak kali mama tunggu...
dah banyak kali mama refresh...

kemana kau menyembunyikandiri wahai iklan ERA FM...??

kenapa tak menunjukkan diri...

malukah engkau..?
merajukkah engkau..?

tak kesian kah engkau pada mama ni..
cuba tengok ni..

dah berhari kau datang...
tapi kau sembunyikan diri...

bangun la..menarilah....ramai yang nak cuit2 engkau tu...

BELUM TIDO....

Adus..otak dah letih....
nak pikir tajuk entry pon dah sengal..
lantaklah..letak jer lah...ada orang kesah...?

orang lain dah tido nyenyak..ada orang kata dah sampai ke bulan..
tapi mama masih bersengkang mata..
kalau buat keja tak per jugak..
ni membuang masa menggodek blog...
hohoho..memang itu hobi ku..

esok kena bangun awal...
kena pegi famili day skolah...
adus..boleh bangun ker ni nanti...?
harap2 tak terbabas...

kerja masih tertangguh..
kalau lah dari tadi siapkan keja..
dah tentu siap...kan...kan..
(suka sangat berkalau2.....)

okaylah..
nak buat entry lain plak..
khas untuk diautopublish besok....

BIRTHDAY LUCKY DRAW_13 -16 NOV 2010

Mama join lucky draw yang dianjurkan oleh Cinta Sari...
syarat penyertaan senang gilerr...

tarikh tutup : 16 nov..

nak join..kelik SINI

CONTEST BERAPA NILAI KAMI??

mama nak join contest ni....


jawapan untuk harga beg dan sticker ialah....

beg : rm 35
sticker : rm 10

kalau uols nak join..kelik jer kat SINI...

12 November 2010

ATHIRAH'S AUNTY 1ST GIVEAWAY

Mama join contest/GA lagi...


GA kali ni tidak bergantung 100% kepada nasib...
siapa yang rajin terjah blog AA ni..
akan dapat habuan...

so apa lagi..uolss tanak ker...

"Mama bekerja sebagai seorang pendidik....setiap hari mama akan memandu sendiri ke tempat kerja yang lebih kurang 26km......mama mengajar di sesi petang... so waktu tengahari baru keluar dari rumah.. kalau menang hadiah handsock ni...alangkah bertuahnya tangan mama..akan terlindunglah dari sinaran matahari...."

hehe......harap2 boleh menang...

jom klik kat SINI untuk join..

opss..kena tag 3 orang kawan..
mama nak tag:
zaikulim
ayongshima
kakngah



p/s: cerita kat atas tu bukan syarat penyertaan tau...saja jer mama nak bergedikss....sekali skala..tak per kan AA...

JALAN LUAS YANG NAK RAGHAIH TEMBOK PASAI PA..?

huhu....tengah sedih ni...

ops...ada yang tak faham ka..
ada sikit bahasa utara terselit kat tajuk..

meh mama explian dulu..

"JALAN LUAS YANG NAK RAGHAIH TEMBOK PASAI PA.?"

Raghaih tu..= lebih kurang panjat..
Pasai pa = pasal apa/kenapa...

ok....sambung ceta..

ni ceta 2 hari lepas...

kejadian berlaku masa mama nak keluar kat gate depan apartment mama ni lah..
kona punya kona..tak lepas (kona tu belok...)
maka itu....tersenerihlah tayar kat divider.. (senerih tu cam tergeser..)

rasa cam sikit jer...
so mama meneruskan pemanduan..dan sampai ke destinasi (skolah) dengan selamatnya...
bila sampai kat skolah lupa plak nak tgk kesan senerih tadi...
bila time balik lagi lah tak sempat..
loceng bunyi jer terus terkam dalam kereta...start enjin..terus vroooommm!! heheh

malam tu terus lupa..

esoknya pulak (pagi semalam..)
mama keluar agak awal..
so cam sempat la godek2 kat dalam keta dulu..(hahah godek apa yer..)
tetiba teringat nak tengok kesan senerih tu...

haaa...mak kau...tengok ler sendiri..




pecah okey....sangat ganazz rupanya....

malam tadi..

mama : abah...pagi tadi mama kona tak lepas kat gate depan tu...
abah : ler awat...salah bajet ka apa..?
mama : ntah..rasa cam lepas..tapi tak lepas..(ayat poyo..hahah)
abah : hahahah (gelak jahat..)
mama : abah..yang abah langgar divider hari tu...kat mana arr...sebelah kanan ker kiri...
abah : ari tu langgar divider kat trafic light depat sana tu...
mama : (terus nyampuk..) ermm teruk tak..?
abah : calar sket ja...
mama : ooo...agaknya mula tu dia dah calar dah..pastu kena lagi skali..tu yang patah tu..(ceee...sambil buat2 pikir..)
abah : ehh sudahlah....tu alasan nak kata abah yang bagi calar dulu lah...kecoh punya orang..
mama : hhehehehhe...( senyum simpul2 sambil kenyit2 mata..)

p/s: i lap u my keta...

HARI NI NAK JAWAB SOKLAN

Bismillahirrahmanirrahim.....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Mama hari ni nak menjawab soalan2 dari Beela, Mummy Icha dan MJ

Soalan dan jawapannya lebih kurang jer...so mama nak jawab skali harung je...boleh kan..kan kan..?

25 FACTS ABOUT ME

1. Url blog mama ialah www.mamawanie79.blogspot.com..wanie adalah nama panggilan mama dan 79 adalah tahun kelahiran...

2. Mama kepada Dalia Farisya (4 tahun) dan Muhammad Akief Fahmie (2 tahun)..dan isteri kepada Incik abah...

3. Lahir di Perlis..membesar di Perlis...belajar di Perlis..(skbm..smsa..uitm arau..)....menyambung pelajaran di Tanjung Malim (UPSI-Maths)....menetap di Puchong..bekerja di USJ 12, Subang Jaya..

4. Masa remaja dulu..memang selalu cakap.."aku tak nak jadi cegu" tapi sekarang itulah kerjaya mama....seorang pendidik...

5. Kalau mama dah kata berkenan tu.....memang kena dapatkan..kalau tak... muncuuuunng.. (Incik abah kata sampai bole sangkut kuali...)

6. Suka sangat maths...kalau diberi soklan maths...mama akan pulun gak cari jawapan...(patut ler jd cegu maths kan..)

7. Suka makan ayam..hari2 ayam pon tak per....kari ayam..sambal ayam...ayam goreng Kepci lagi sodap.....

8. Dari kecik sampai besar mama suka bela ikan.....dulu kat kampung segala parit(tali air) mama terjun tangkap ikan sembilang (ikan kecik2 seakan ikan guppy...)..dan bila dah besar ni....mama beli akuarium untuk bela ikan guppy....suker sangattt...

9. Mama suka tanam pokok..orang kata bagus berbakti pada tanah...tapi sekarang tinggal kat umah tak de tanah...masih mencari rumah atas tanah...heheh

10. Mama tak suka tengok TV...dengar TV okey...tp kalau dah terikut ngan drama bersiri... mama akan follow sampai ceta tu habis..sebelum ni mama tgk ceta si kelembai..pastu skrg kan da habis...dah tak tgk TV...layan lappy jer...

11. Mama ni jenis sensetif...senang nak mengalirkan air mata...tapi luaran nampak cam ganaz....

12. Dalam usaha nak menguruskan berat badan..tapi sangat pemalas untuk bersenam...

13. Tak suka asap rokok...alhamdulillah dapat Incik abah yang tak merokok...

14. Suka shopingggg!!!!...tapi sekarang kena kurangkan coz nak simpan duit nak beli rumah..

15. Tengah berjinak2 dengan bisnes..mama jual foot detox patch....dengan harga borong tau...harap2 suatu hari nanti boleh jadi bisneswoman berjaya...Amin~ (hahah sempat pomot tu...)

16. Tak suka iron baju!!!.....

17. Suka makan coklat yang ada kacang or almond..huhu..cemana nak kurus..?

18. Selalu guna perkataan KOT di akhir ayat percakapan... contoh : 

si A :esok ada makan2 ker?
mama : ada kot...

si B : esok kena pakai baju sukan ke?
mama: rasa2 nya la kot...

19. Tak boleh membaca buku..atau bersms semasa dalam kereta yang sedang bergerak...terus akan pening...

20. Mama tak kan drive keta kalau Incik abah ada kat tepi..(koz kalau mama drive..mulut Incik abah cam bertih jangung..hahhaah)

21. Pengumpul syilling 50sen bulat...haha ada ker 50 sen 4 segi? rasa dulu penah mama wat entry pasal 50sen bulat ni..nanti mama godek..tak pun kalau ada masa nanti mama wat entry baru..

22. Tak suka cuci muka......tapi sekarang ni dah dapat kesedaran.sikit....dah mula belajar cuci muka...tu pun kadang2  3 hari sekali....mama guna Produk Safi Rania Gold....

23. Malas dan tak pandai make-up.....mungkin satu hari nanti nak blajar make-up..wow..berjangok mak ke skolah nokss...

24. Penah jatuh motor 2 kali....cuma sendi siku jer yang lari..tapi makan berminggu gak nak baek....penah terselit kat celah pokok pisang time ajar sepupu bawak motor...(hahah kelakar..)

25. kadang2 suka berdiam...suka mengasingkan diri....mencari ketenangan......penah abang angkat mama cakap.. perangai mama ni susah nak ditafsir..

ehh dah cukup 25 ker...huhu...rasa cam blom habis nak ceta nih...
ermm tak perlah..len kali kita ceta lagi...

thanks pada kengkawan yang sudi tag mama..

mama tak nak tag yang lain kat sini koz dah ramai yang penah jwb soklan2 ni kan..
mungkin mama akan guna cara lain untuk mengenali kawan2 mama di alam maya ni..

tapi kalau ader yang nak buat..mama tak halang..lagi dialu2kan...

11 November 2010

JOM MAKAN ROTI

sapa penggemar roti tu..mintak maap yer..
hihi..

tak mau cakap banyak..
layan jer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
shomelnyer...macam2 kaler..


wow....bread wif corn...yummy...


kismis & corn....sangat berkhasiat...


cute sangat....

p/s: jangan marah yer..nak ilangkan ngantuk jer nih....

HANYALAH SATU

Hanyalah Satu
Yang bertakhta dihatiku
Hanya dirimu
Yang ku sayangi

Hanyalah satu 

asmara di jiwa
Dan jangan kau sangsi cintaku
Hanyalah satu



p/s: Incik Abah...Pn Mama luv u soooooooo much..

BILA DAH TERBABAS..SUSAH NAK UNDUR

walaupun perkataan terbabas lebih sinonim dengan kenderaan..
tapi entry mama ni bukan nak sentuh pasal keta ke apa yer..
so takkan ade gambar2 penumpahan darah kat sini....



ni mama nak ceta pasal sesi diet mama ni..
nampaknya..kusangka panas hingga ke bulan Januari 2011..
tetapi..rupa2 nya..akhir bulan oct hujan dah turun lebat..

ermm ekoran tu...kawasan utara semenanjung malaysia banjir yer..hihi..

ok..back to story..

hari tu kan mama beriya2 bercerita ke sana ke sini..(sambil tutup muka da malu la...huhu)
tentang progam diet mama ni..
tak makan malam lah..
tak sentuh nasik la....
makan dalam kuantiti sedikit la..
makan sebelum kul 7 mlm la..

pooodaacikk!!...

sekarang angan2 tinggal hampas jer lah...
angat2 taik ayam....(taik ayam tu hangat ker?..)

kenapa?
huhu...
sejak keja menimbun hari tu lah..(salahkan kijo plak..)
bila stress..mama mula makan....
mula tu start dengan makan nasik..tapi stakat pukul 7 jer..malam no meals okey..
huhh..nikmat rasanya..
tapi tak lama pastu..beralih pulak ke malam..
malam2 pegi umah nenek Ros pasti perut ada habuan...
adehhh....
cemano nih..?

so sekarang..mama tengah gigih kumpulkan semula tenaga..kekuatan....mental dan fizikal..
sangat susah okey nak bermula semula...
uolls..tolong doakan semoga mama berjaya mulakan skali lagi ya...
huhu..
mama nak kurusss~

tapi kan...(ayat nak menakal lagi..)
dalam otak mama ni masih dok aim benda2 alah ni....

bila lalu jer depan kedai 'tok wan'..huhuhu..tak bleh tahannnn!!!


cam da lama tak makan.....


incik ketam ni...dah berhari2 mama soh incik abah belikan..nak soh nenek Ros masak cili....owhh sedap....


time lapar rasa meluap2 nak gi awan besaq.....bila kenyang..tak hengen pown.....tapi tetap nakkkkkkk!!
hehe

excelli banyak lagi....kang tak muat plak....
Incik abah slalu kata mama ni mengidam lebih dari orang ngandung....asal nampak jer..terus termengidam..kadang2 boleh termasuk sampai ke dalam mimpi....

adusss....duh..duh..duh....!!
perut tetiba lak lapar...kang ada jugak yang lunch dengan kepci ni........

kay lah....jom layan apo yang ado kat dapur untuk bekpes...

harap2...sesi diet mendiet bermula semula..haha..mokcik nak melaram kebaya ketat noks...!!



p/s: malam tadi..kul 12 boleh dok layan kopok ikan ngan anak dara ku...hahah....diet oi...diet......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...