Dikatakan termuntah semasa pestime....dan bila dah berkali2..boleh rasa seronok pulak...huhu..apa lah nak jadi...
---------------------------
RAMAI pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.
"Waktu itu saya rasa sangat bingung. Bila saya beritahu ibu tentang tawaran untuk berbogel dalam Playboy, dia menyuruh saya lakukan sahaja dan akhirnya saya menerima tawaran berkenaan. Tetapi sewaktu sesi fotografi, saya rasa malu dan mereka terpaksa menghabiskan banyak filem kerana banyak gambar yang tidak jadi," ujarnya.
Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.
sumber:kosmo
2 comments:
ye la tu.. gambar tak jadi konon.. padahal cameraman sapu abis gambar tu semua.. huhu
haha...cap ayam punye artis... boley plak daa jadi ketagih.. hisyyy
Post a Comment