Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

25 April 2011

MAKSUD LAMBANG SEGITIGA DI BAWAH BOTOL ATAU BARANGAN PLASTIK

Salam siang uolls...

Hari tu mama ada borak ngan kengkawan kat sekolah pasal tanda recycle pada bawah botol minuman... dengan rasa ilmu penuh kat dada... mama pon keluarkan statement... "kalau dalam segitiga tu ada nombor 5, maknanya botol tu boleh guna 5 kali jer... pastu kalau guna lebih dr 5 kali.. akan bahayakan kesihatan" maka dengan tu.. kelam kabut ler diorang ni dok cek bontot botol masing2....

mama pon angkat botol air mineral..tengok ada nombor 1, maka lagi kukuh ler konon statement mama tu.... siap pi tunjuk2 lagi bukti tertulis nombor 1 tu.... muahahah.. keji kau.....

then... sorang kawan mama ni terkejut beruk coz kat botol tupperware dia ada nombor 6, wehhhh...tak kan boleh guna 6 kali jer kot..... giler ke haper... mahal wehh botol ni...... 

ermm dengan muka sopan buat2 tak salah... mama seraya berkata "emm nantilah aku cek kat internet yer... apalah guna ada internet kalau kita tak cari info2 cenggini..." cewaaaahhhhh!!

OLEH ITU...... entry ini adalah untuk memperbetulkan maklumat palsu yg mama sebarkan....


penah tak uolls nampak nombor2 ni pada botol air yang uolls minum..?

Kesimpulan yang didapat dari tanda klasifikasi plastik tersebut:
Hati-hati dalam menggunakan plastik, khususnya kod 1, 3, 6 dan 7 (PC). Gunakan hanya sekali pakai!
Anda selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4 dan 5.

kalau anda ada sebarang penambahan....dialu-alukan.....

p/s : sharing is caring

08 April 2011

PRODUK 'JCARE-SU' DAN 'JCARE-IN' BERACUN....

Salam pagi semua......

pagi ni belek2 berita di internet...ada satu cerita tentang produk beracun....
JCare-Su dan JCare-In.... ish....produk aper ni..?
penjagaan kulit ker..?
barangan baby ke...?

untuk kepastian...mama tanya lah abe guggi yang cerdik lagi bijaksana tu..

jom kita tengok....contoh2 produk ni..

JCARE-IN

JCARE-SU

Menurut apa yang mama baca...JCare-Su dan JCare-In adalah satu produk tradisional untuk mengubati penyakit kencing manis....ada yang mengatakan ia adalah produk herba....dikatakan beracun disebabkan penggunanaan bahan tiruan iaitu  ‘glibenclamide’ .....

menurut sumber.... ‘glibenclamide’ digunakan untuk seliaan pesakit kencing manis....

KUALA LUMPUR: Orang awam yang menggunakan dua produk kesihatan tradisional ‘JCare-su’ dan ‘JCare-in’ diminta menghentikan pengunaannya serta-merta kerana dikesan mengandungi bahan campur palsu ‘glibenclamide’.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pendaftaran produk ‘JCare-su’ dan ‘JCare-in’ dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada mesyuaratnya yang ke-237 berikutan pengesanan racun berjadual ‘glibenclamide’.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata glibenclamide digunakan dalam seliaan ubat terkawal untuk pesakit kencing manis.
ada ke yang pernah guna produk ni....?

p/s: huhu...Jcare....mama ingat produk penjagaan baby....seb baek.....sekali pandang jm Jcard...muahahahahaha (mana tak nampak jcard otak dok ingat soping jer...)

30 November 2010

ASKUM....A'KUM...SEMEKOM..AS SALAM?

**cedok dr fesbuk.. Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;        

 “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada LIZA yer” (contoh jer..)

Dan bukannya : “Kirim salam kat LIZA yer.."

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    

” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan  “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

p/s: sharing is caring maa.

28 November 2010

IKAN SARDIN...OH.. IKAN SARDIN..

Excelli dah lama mama terbaca tentang keburukan ikan sardin nih..
Sejak dari itu..mama cuba tidak memasak ikan sardin..rasanya dah 4 5 bulan...
Stok ikan sardin dalam almari rasanya ada 2 tin kecik dan 1 tin besar..
Terbiar macam tu saja..
Nak buang sayang....
Nak masak dan bagi Incik Abah, anak2 dan diri sendiri makan..takut dapat penyakit plak...
Dok terperap jer la..tunggu expired date..pastu baling jer.. :)

bagi sesiapa yang belum pernah baca pasal ikan sardin ni...
kat bawah ni ada artikel yang mama cedok dari fesbuk..

*sharing is caring kan...hehe

Ermmm ... terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin .... ups, this is my last menu mkn sardin ... cuba sedaya upaya ... takut lak baca artikel di bawah :-Penemuan menakjubkan .... JANGAN MAKAN SARDIN Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...