Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

08 June 2011

PAYUDARA BERNANAH SELEPAS DIBESARKAN [GAMBAR]




KUALA LUMPUR: Ketaksuban wanita yang ingin kelihatan cantik dan mempunyai payudara menarik demi memuaskan hati teman lelakinya bertukar mimpi ngeri apabila terpaksa menanggung kesakitan kesan daripada pembedahan yang dijalankan di sebuah pusat rawatan kosmetik di ibu kota, tahun lalu.
Niat wanita terbabit, Tham Mei Leng, 30, ingin memberi kejutan kepada pasangannya selepas lelaki itu sering bersungut dia mahu kekasihnya kurus dan berpayudara besar menyebabkan mangsa nekad melakukan pembedahan itu bagi memenuhi tuntutan teman lelakinya.
Bagaimanapun, kejutan yang diharapkan tidak kesampaian sebaliknya dia menanggung kesakitan sehingga kini akibat pembedahan itu tidak berjaya malah menyebabkan payu daranya bernanah dan kehitaman.

Lebih menyedihkan RM13,100 yang digunakan untuk kos pembedahan itu menjadi episod hitam dalam hidupnya apabila tubuh badannya menjadi hodoh sehingga percintaannya selama lima tahun dengan teman lelaki terputus gara-gara lelaki itu tidak dapat menerima kekurangan dirinya.

Mei Leng berkata, penderitaan dialaminya kini bermula pada 11 Mac 2010, apabila kenalan mencadangkannya membuat rawatan kecantikan di premis di sini.

SAKIT...Mei Ling menunjukkan resit bayaran pembedahan pembesaran payudara kepada Michael Chong.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

p/s: bersyukur setiap pemberian daripada NYA... kalau dah jadi cam ni.. baru nak menyesal....

08 April 2011

PRODUK 'JCARE-SU' DAN 'JCARE-IN' BERACUN....

Salam pagi semua......

pagi ni belek2 berita di internet...ada satu cerita tentang produk beracun....
JCare-Su dan JCare-In.... ish....produk aper ni..?
penjagaan kulit ker..?
barangan baby ke...?

untuk kepastian...mama tanya lah abe guggi yang cerdik lagi bijaksana tu..

jom kita tengok....contoh2 produk ni..

JCARE-IN

JCARE-SU

Menurut apa yang mama baca...JCare-Su dan JCare-In adalah satu produk tradisional untuk mengubati penyakit kencing manis....ada yang mengatakan ia adalah produk herba....dikatakan beracun disebabkan penggunanaan bahan tiruan iaitu  ‘glibenclamide’ .....

menurut sumber.... ‘glibenclamide’ digunakan untuk seliaan pesakit kencing manis....

KUALA LUMPUR: Orang awam yang menggunakan dua produk kesihatan tradisional ‘JCare-su’ dan ‘JCare-in’ diminta menghentikan pengunaannya serta-merta kerana dikesan mengandungi bahan campur palsu ‘glibenclamide’.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pendaftaran produk ‘JCare-su’ dan ‘JCare-in’ dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada mesyuaratnya yang ke-237 berikutan pengesanan racun berjadual ‘glibenclamide’.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata glibenclamide digunakan dalam seliaan ubat terkawal untuk pesakit kencing manis.
ada ke yang pernah guna produk ni....?

p/s: huhu...Jcare....mama ingat produk penjagaan baby....seb baek.....sekali pandang jm Jcard...muahahahahaha (mana tak nampak jcard otak dok ingat soping jer...)

07 April 2011

TELINGA NYARIS PUTUS [GAMBAR]


KOTA TINGGI: “Bukan setakat dicakar di belakang badan, malah telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki saya juga digigit,” kata Muhammad Rafiq Abdul Rashid yang diserang empat anjing jiran ketika berjalan pulang bersama kembarnya, Muhammad Rafie, ke rumah mereka di Kampung Panti di sini.

Murid berusia sembilan tahun itu berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, dia hanya mampu menutup muka sambil meraung kesakitan.

Dia yang ditemui di Hospital Kota Tinggi di sini, semalam, berkata ketika kejadian itu dia dan Muhammad Rafie berjalan kaki pulang ke rumah sebelum tiba-tiba dikejar empat anjing jiran.

Menurut murid tahun tiga itu, kembarnya sempat melarikan diri tapi dia gagal berbuat demikian kerana terjatuh menyebabkan dia dikerumuni empat anjing berkenaan.

“Saya dicakar serta digigit. Sakit sangat rasanya masa itu. Tidak lama kemudian kembar saya datang bersama beberapa penduduk lalu menghalau semua anjing itu.
Selanjutnya di SINI

p/s: siannyer.......bila dah jadi macam ni barulah pihak berkaitan akan tergesa2 ambik tindakan lah..kena pantau lah....


06 April 2011

PAK CIK BADUL OH PAK CIK BADUL

Adus......
Apa nak jadi nih..?

Masa tengah heboh isu pelakon pelawak veteran terkenal mencabul seorang remaja....MW ada gak mencari2 dan bertanyakan pak cik gugel..siapakah gerangan empunya diri yang *^$%()... ramai gak yang mengatakan Pak cik badul ni.....time tu MW cam 50-50 jer nak percaya...ye lahhh......sekali pikir cam tak masuk akal....

tapi kenyataan di akbar hari ni...sedikit sebanyak menaikkan peratus kepercayaan MW...huhu...sedihnyer.... kenapalah pelakon ni wat cam ni kan....?


KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) sudah memanggil pelawak veteran terkenal, Armaya Aman Ramli, 63, atau popular dengan panggilan AR Badul pagi semalam untuk dirakamkan keterangan berhubung laporan seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pelawak berkenaan.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata pelawak terbabit hadir ke IPPKKL jam 10.45 pagi untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Harian Metro semalam melaporkan pelawak terbabit menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dia mencabul lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu.

 


05 April 2011

BENDA LEMBIK DAN TUMPUL..?

Salam malam.......

Dah makan malam ker...?

MW ni tengah sebok siapkan buku program untuk anugerah cemerlang sekolah MW....Harap2 esok boleh print untuk disemak oleh penyelaras....sambil wat keje...sambil "dengar" berita kat TV....tetiba terdengar kes pelajar 7 tahun yang meninggal kerana di pukul oleh cikgu tu...menurut ape yang pemberita tu cakap.....menurut siasatan...didapati kanak2 tu meninggal disebabkan oleh satu benda yang lembik dan tumpul yang ditekan pada leher kanak2 tu...itu yang membuatkan dia tak boleh nak bernafas..... huhu.....kesiannya......

mama agaklah.....mesti cegu tu cekik budak tu....kalau setakat pukul..tak kan sampai boleh meninggal....

tapi apa pun..kita tunggu jer lah siasatan lanjut......nak cakap macam2 pon.....tak der guna...

P/s: MW sedih ler "disebabkan nila setitik..habis rosak susu satu belanga..."


Klik..klik...jangan tak klik.....

01 April 2011

PERLIS DILANDA 'BAH' LAGI

KANGAR: Jumlah mangsa banjir di Perlis yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 4,230 orang sehingga 8 pagi ini berbanding 4,032 malam tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir Perlis berkata mereka yang dipindahkan itu adalah daripada 1,135 keluarga dan ditempatkan di 32 pusat pemindahan.

Paras air di kawasan selatan bandar Kangar meningkat malam tadi namun di kebanyakan kawasan di utara air mulai surut.Beberapa batang jalan di bandar Kangar masih ditenggelami air. Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati penduduk di kawasan banjir supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah. Katanya, beliau menerima laporan ada penduduk di kawasan pinggir sungai yang enggan berpindah kerana mereka ini berpendapat air sungai semakin surut.

Md Isa yang meninjau pusat-pusat pemindahan banjir sehingga awal hari ini berkata, penduduk terbabit tidak seharusnya mengambil risiko kerana kerajaan menyediakan pusat pemindahan untuk mereka. - BERNAMA


p/s: Negeri terchenta ku banjir lagi......makin teruk plak....semalam tengok umah kakak pon dah naik air..masing2 dah pindah........harap2 semuanyer akan cepat pulih seperti sediakala.....

jom layan diorang main ayaq bah (air banjir)

my kakak n her son......sonot main ayaq bah nooo...

ish..ish...bestnya depaa...

yang ni lagi best..........

mama cedok gambar2 ni dari pesbuk.....




Bergetar hati isteri


GUA MUSANG: “Saya pelik apabila arwah suami kelihatan tergesa-gesa keluar rumah kira-kira jam 8 pagi sambil memberitahu mahu ke Kuala Krai melalui Jeli.
Sebelum ini, arwah tidak pernah memberitahu arah tujuannya jika keluar rumah, tetapi sentiasa pulang awal, sekurang-kurangnya sebelum jam 4 petang.

“Hari itu (kelmarin), saya berasa tidak sedap hati apabila suami tidak pulang selepas jam 4 petang dan langsung tidak menghubungi saya. Rupa-rupanya arwah maut dalam kemalangan,” kata Wan Rosmah Wan Harun, 29, isteri kepada seorang pengawal keselamatan, Sa’ade Mohd Nor, 38, yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 47.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh Satu di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Sa’ade yang menetap di Jalan Kesedar Inn di sini, terbunuh di tempat kejadian selepas kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh sebuah treler pengangkut kenderaan sebelum ‘dilenyek’ sebuah lori kontena dari arah belakang.

Baca selanjutnya di : myMetro | Bergetar hati isteri

p/s: sebaknyer dengar berita2 cenggini.....speechless..

10 March 2011

18SX: CURI PAKAIAN DALAM WANITA


Ni apa kes nih....
Tak de benda lain ke nak curi selain pakaian dalam wanita...huhu...

uolls layan jer lah berita ni...


KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri pakaian dalam wanita di sebuah pasar raya terkemuka, seorang wanita yang terbabit dengan perniagaan jualan langsung dikenakan hukuman tiga hari penjara dan denda RM650 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nassir menjatuhkan hukuman itu selepas Nadeera Ismail, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.



Beliau turut memerintahkan wanita itu dikenakan tambahan tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda. Mengikut pertuduhan, Nadeera bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa mencuri pakaian dalam wanita pelbagai jenama berjumlah RM607 di kedai Cotton On, Tingkat 3, Pavillion, Jalan Bukit Bintang di sini pada jam 8.15 malam 6 Mac 2011.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

HAJAT MERAIKAN PERKAHWINAN KAKAK TIDAK KESAMPAIAN APABILA MAUT SEMASA MENYELAMATKAN DIRI..

Pemuda Maut Terjun Bangunan 
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda meraikan perkahwinan kakaknya Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah rumah kedai di sini bagi mengelakkan serangan sekumpulan lelaki.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata pemuda itu Khairul Helmi Kamaruddin, 20, mengunjungi sebuah pusat Internet di Taman Melati awal pagi tadi apabila sejurus kemudian sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang, rantai dan batang besi menyerbu masuk ke pusat itu pada 3.00 pagi.
Katanya, kerana ketakutan, Khairul Helmi serta tujuh pelanggan lain bergayut pada tingkap bangunan sebelum terjun bagi menyelamatkan diri.
"Tetapi malangnya Khairul Helmi patah tengkuk dan meninggal dunia di tempat kejadian, dua lagi koma manakala lima lagi sempat melarikan diri.
"Beberapa orang pelanggan lain sempat meluru ke bilik belakang pusat internet itu dan mengunci pintu ketika suspek menyerang meja kaunter bayaran dan memukul juruwang.
"Manakala seorang pelanggan diserang dengan parang dan seorang lagi ditarik keluar dan dibawa lari," kata Zainuddin.
Zainuddin berkata, motif serangan itu dipercayai balas dendam berikutan pergaduhan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis kini sedang mengesan kesemua suspek dan seorang lagi mangsa yang dibawa lari itu.
Sementara itu, kakak mangsa, Norazlin Khamaruddin, 27, berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa adik bongsunya itu kira-kira jam 6.30 pagi ini setelah dimaklumkan oleh rakan adiknya.
Norazlin berkata, beliau percaya serangan itu berpunca daripada tindakan balas dendam berikutan seorang lelaki dipukul di Ayer Panas, Setapak dua minggu lalu.
Beliau terkilan perkahwinannya tidak dapat diraikan bersama adiknya itu.
"Khairul sudah berjanji untuk membantu meringankan beban saya pada hari bersejarah tersebut tetapi tidak kesampaian dan saya terpaksa meneruskannya walaupun dalam keadaan bersedih," katanya. - BERNAMA 

p/s: keadaan sekarang dah tak selamat...manusia dah sanggup lakukan apa saja demi kepentingan sendiri....

KERJA KOSONG MENANTI ANDA TIADA LAGI MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSIA

As Salam....

Berita terkini yang membuatkan penganggur-penganggur terhormat di Malaysia tersenyum meleret....

Sebanyak 162,180 pekerjaan kosong masih belum diisi daripada jumlah keseluruhan 193,739 pekerjaan yang didaftarkan dalam portal Jobs Malaysia sehingga bulan lalu...

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata daripada jumlah keseluruhan pekerjaan yang didaftarkan, hanya 31,559 penempatan pekerjaan dibuat dalam tempoh yang sama.

Berita sepenuhnya di SINI 

Xcelli....banyak pihak yang mengatakan...generasi sekarang menganggur disebabkan kerana terlalu memilih pekerjaan.....betul kah??

Tepuk dada...tanya selera.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...