16 February 2008

KERANA Kecewa..........

hari ni hari Jumaat...
gi sekolah lambat sket..
so ada masa nak surve internet..
aku nak cari resepi PUDING KARAMEL..
hatiku memang frust giler bila mengenangkan
puding ku semalam..
hu..hu..hu..

emm..banyak gak ilmu yang aku dapat..
rupanyer.. kena tapis sebelum masukkan ke dalam loyang..
api tak boleh terlalu kuat..
telur tak boleh kacau sampai berbuih..

dalam dok cari2 resepi n tips..
aku terjumpa ini..
so check it out..

'Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (QS:12:111)'

Islam larang sambut Hari Valentine

Pasangan umat Islam yang bercinta dilarang menyambut dan meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih kerana ia diharamkan oleh Islam, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu Muhammad Ramli Nuh.

Katanya Hari Valentine, yang disambut esok, boleh diibaratkan sebagai mengiktiraf musuh Islam kerana Valentine atau Valentinus terbabit merancang dan menyerang, sekaligus memusnahkan tamadun Islam di Cordoba.

"Orang Islam tidak sepatut meraikannya kerana ia seolah-olah mengiktiraf pihak yang bertanggungjawab memusnahkan sebuah tamadun Islam di Sepanyol," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawwuf Nusantara di sini.

Muhammad Ramli berkata ada pasangan menjadikan Hari Kekasih yang diraikan 14 Feb setiap tahun sebagai alasan untuk berjumpa dan ini akhirnya boleh menyebabkan berlaku perkara terlarang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...