17 February 2008

KERANA Aku ingin Mencuba

Bahan-Bahan:

puding:
1 tin susu cair
1/2 tin air (tin susu)
sedikit gula
4 biji telur
2 tutup esen vanila

gula hangus:
2 sudu besar gula
1/3 cawan air

Cara:
untuk gula hangus,
gula dimasak bersama air di dalam loyang.
biar sehingga kekuningan dan alihkan dr api.
gula akan beku dan berkaca.
panaskan periuk kukus.
bancuhkan susu cair bersama air dan gula,
pukul telur dan esen vanila sehingga kembang
dan campur bersama susu yang telah sebati.
masukkan adunan tersebut ke dalam
loyang yang berisi gula hangus.
Apabila periuk kukus panas,
masukkan adunan tersebut untuk dikukus.
kukus dalam masa 20 minit atau sehingga masak.

apabila sudah masak, biarkan ia sejuk dahulu
sebelum ditelangkupkan di atas pinggan..


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...