14 October 2010

20 jangan...

Peringatan untuk diriku dan sahabat2 ku....

1. Jangan lewatkan solat. Perkara ini ALLAH tidak suka.
Kalau tak mahu jadi penghuni neraka Wail ayuhlah, 
segerakan solat anda. Kalau tertidur lain cerita…

2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau terbawa najis, mengotori rumah kita.
Syaitan suka kotor.

3. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan
tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

4. Jangan makan dan minum dalam bekas yang sumbing atau pecah.
Makruh kerana ia membahayakan. 

5. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan...
nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Rugi kita.

6. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal 
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki. ) 
Begitu juga selepas solat asar, dikatakan mudah dihinggapi 
penyakit-penyakit seperti gila dan sebagainya.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan
kerana ALLAH. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut  atau selipar berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata meliar di perjalanan. Ia membuka
pandangan kepada ketidakbaikan. Nanti hati gelap diselaputi dosa. 

10. Jangan ego meminta maaf kepada ibu bapa dan sesama manusia 
kalau kita memang bersalah. Kerana maaf itu salah satu dari
penawar kemarahan.

11. Jangan mengumpat atau menyindir sesama rakan taulan. 
Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

12. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

13. Jangan lupa bergantung kepada ALLAh dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya . Kalau gagal keciwa pula.

14. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa, gelap hati. 
Kalau senyum tidak mengapa, ia merupakan sedekah dan
digalakkan Rasulullah s.a.w

15. Jangan bergaul bebas di tempat kerja atau belajar. 
Banyak buruk dari baiknya

16. Jangan biasakan berbohong kerana ia ciri-ciri munafik dan 
mengurangkan kasih orang kepada kita. 

17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan . Doa makhluk yang
teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH Subhanahuwata’ala

18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana kekal selamanya.

19. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa 
Kerana mati boleh hadir bila-bila masa. Hayat kita tidak dijangka.

20. Jangan mempertikaikan kenapa Islam kata JANGAN . 
Sebab semuanya untuk kebaikan kita. Kalau ingin merasa nikmat syurga maka ikut aja.
        

Ikhlas LILLAHITA’ALA. ALLAh lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA
WALLAHU’ALAM

p/s: sharing is caring...renung2 kan lah dan selamat beramal....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...