12 July 2010

~JOM BACE SAMBIL MKN AYAM~

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)."
Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk me ngetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....." 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...