11 September 2009

~BONUS @ BANTUAN KHAS KEWANGAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN~

Cuepacs setuju bantuan khas, kecewa tiada bonus


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.


"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.


Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.


Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.


Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.


Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama


sumber : berita harian
.......................................................................
Emmmm.......dapat gak duit kan...
tapi tu ler....dibayar 2 kali..
so makna kata....
sebelum raya ni dapat rm250...
masa bln 12..dapat lagi rm250....
walaupun aku rasa teramat ler sengal nye pak najib ni..
(ada ka bagi RM500 ja...)
tapi aku bersyukur......
ada gak bonus......
yg bulan 12 tu nanti..kira bonus la tuh..
sebab aku blom ader anak yg nak masuk skolah....

p/s: manusia tak kan pernah puas........

4 comments:

Ah Win said...

bestnya dpt bonus...kite mcm x dpt je?

Unknown said...

salam...tu lah, kat opis nie ramai yang merungut rangap..ye la harap bonus je bantu tambah2 perbelanjaan raya.. bagi daku, dapat alhamdulillah, x dapat nak wat cam ne.. mmg nampak sengal je pak najib wat cam ne .. tapi nak kata apa.. dia PM kan? huhuhu

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah...macam pengumuman berita la...best la orang kerajaan ek...tahnian....nanti wat la pop up window senang sikit nak komen

mama wanie said...

ok..thanks..mama aqish sebab kasik suggestion ni...
mama nak pop up kan bahagian komen ni..hehehe....harap2 pasni lagi ramai ler org komen/kasik pendapat...

tu la pasal miela..cam sengal jer kan...tapi bersyukur gak la..sekurang2nyer duit tol n minyak nak balik kg dah ader...save duit gaji...

nik awin...emm tu la..dah dapat pon still tak puas ati..huhu >:[

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...