CUEPACS yakin dapat bonus
KUALA LUMPUR 1 Sept. - CUEPACS berkeyakinan bahawa kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin hari ini.
Keyakinan kongres itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula, katanya..
Beliau berkata, mengikut perkiraan CUEPACS, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".
Beliau mengulangi permintaan awal CUEPACS kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.
Ahmad Shah berkata, walaupun jumlah itu tidak termasuk dalam Bajet tahun lepas, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam Bajet yang akan datang bulan depan.
Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka telah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.
"Kami sebagai penjawat awam sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah dan melaksanakan segala dasarnya dengan berkesan.
"Kami berharap kerajaan sebagai majikan contoh, tidak akan mengecewakan 1.2 juta penjawat awam yang sentiasa menunggu-nunggu bonus untuk membantu dalam perbelanjaan akhir tahun keluarga mereka.
Sementara itu, syarikat swasta yang mempunyai perjanjian kolektif dengan para pekerja dengan bonus sebagai kewajipan kontraktual akan terus membayar manakala yang lainnya bergantung kepada kemampuan kewangan masing- masing.
Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata, ia merupakan perkara biasa bagi para pekerja sektor swasta untuk mendapat bonus dari sebulan hingga empat bulan bergantung kepada prestasi sesebuah syarikat. - BERNAMA
p/s: Bagi la ada bonus..dapat masa bila pun cheq tak kisah...Amin..
3 comments:
tulah..sampai la ni.. dok senyap je.. tapi katanya 15hb ada.. waallahualam
betull betull betull.. dapat bebila pun tak keah.. tp janji thn nie kena ada bonus.. huhuhu
bukan tak bersyukur tapi aku tak dapat. apasal kumpulan sokongan jer......... kita ni kumpulan pengurusan tak sambut raya ker?? ada harapan boleh kalah mcm nie.... sendiri mau ingat la masa PRU12 dulu, sblum tu tak dapat bonus tu pasal kptsn jd gitu.
up: belajar dari kesilapan.
sori, terluah perasaan kat sini pulak, bukan aper, kesian la kat kita orang ni jugak. cukup2 makan jer, belum cukup bulan dah kering. n
he he he......
Post a Comment