LOS ANGELES: Dua bulan selepas kematiannya, Michael Jackson akan ditanam esok, dalam satu majlis persendirian matahari terbenam, yang akan menyaksikan mendiang bersemadi bersama-sama bintang Hollywood lain.
Kematian tragik bintang muzik pop itu pada 25 Jun lalu, yang dikatakan mempunyai unsur homisid oleh pegawai bandar itu minggu lalu, akan dikebumikan di makam Taman Peringatan Forest Lawn di luar bandar Glendale.
Majlis terbabit hanya akan dihadiri keluarga terdekat dan sahabat kepada raja pop itu, berbanding acara memperingati awam yang diadakan Julai lalu dan dihadiri 20,000 orang.
Beberapa laluan masuk ke tanah perkuburan di Glendale akan ditutup bagi memastikan peminatnya tidak dapat masuk. - AFP
No comments:
Post a Comment