25 April 2009

~Typewriter~

Pada petang yang nyaman..si isteri kepada si suami yang bekerja sebagai penyelamat negara sedang berbual kosong bersama teman2 sesuri rumah yang lain..tengah leka mengumpat itu ini..tengah seronok bergelak ketawa...tiba-tiba anak si isteri itu pun datang...

"mak..ayah dah balik.."

"aik..awal pulak balik kali ni..selalunya sebulan lebih baru nak balik.."

"mak..cepat la balik..ayah panggil tu..ayah kata ayah nak itew.."

maka terkebil2 ler mata si isteri menahan malu pabila melihat muka rakan2 nya seperti kambing tersenyum..
sampai di rumah..maka terjadi lah apa yang dihajati..
selepas semua dinikmati maka berkata ler si isteri pada si suami..

"bang...nanti lain kali..kalau abang nak itew...abang guna lah perkataan lain..malu Jah tadi ngan kengkawan.."

"kay lahh..nak guna perkataan ape plak??"

"emm..abang kata abang nak tulis surat dan nak typewriter..nanti Jah balik la jumpa abang.."

"ok.."

so setelah 2 3 hari berada di rumah..seperti biasa si suami perlu lah keluar bertugas..

sebulan selepas itew..

si isteri seperti biasa menghabiskan masa berborak2 dengan rakan seperjuangan
dan untuk pertama kalinya..

"mak..ayah dah balik..ayah mintak typewriter..nak tulis surat"
dengan muka yang dah tak termalu si isteri pun meminta izin untuk pulang..
kali ini mata teman2nya pula yg terkebil2..

setelah beberapa bulan berlalu...maka suka lah hati si isteri kerana tiada lagi kata2 usikan kegersangan dari rakan2nya

namun..pada bulan yg ntah keberapa..
si isteri juga masih membuang masa bersama teman2 tatkala si suami pulang untuk bersama..
si anak lah jua pembawa berita..

"mak..ayah dah pulang..ayah panggil mak balik..ayah nak tulis su.."

"ishh..kau nih..tak nampak ker..mak sibuk nih..pegi cakap kat ayah..kejap lagi mak balik"

lalu, pulang lah si anak membawa pesanan untuk ayahnya..
dan datang kembali kepada si emak dengan pesanan..

"mak..ayah nak tulis surat penting tue..ayah nak typewriter"

"ish tak paham2 budak ni..balik cakap kat ayah..typewriter rosak..pakai tangan"

bila sampai pesanan tersebut ke telinga si ayah..
terkebil2 la mata si suami yang tak seberapa buntang itu..

"typewriter rosak..pakai tangan???"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...