23 June 2014

RESEPI SEBULAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

RESEPI SEBULAN BERBUKA TAK PAYAH PENING-PENING
Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!!
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style

Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
atas

Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
atas

Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas

Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
atas

Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
atas

Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
atas

Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas

Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
atas

Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
atas

Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi.
atas

Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
atas

Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan
atas

Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu.
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang halus
1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang halus
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit
atas

Tandoori Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang halus)
2 biji bawang putih (dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4. Hidangkan bersama roti atau nasi.
atas

Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging - 250 gm (dipotong kecil)
Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg (dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong 4)
Daun limau purut - 3 atau 4 helai
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan perasa - jika berminat
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
atas

Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit lada putih
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
atas

Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
atas

Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas

Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
atas

Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas

Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
atas

Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
atas

Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
atas

Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
atas

NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
atas

Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
atas

Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
atas

Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
atas

Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan
atas

Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Copy pasta dr fb....

PROGRAM IHYA' RAMADHAN

As salam...
Bersiaran dr sekolah hr ni.....

Hari ni kat skolah ada program pra ramadhan..jadi bonus hr ni..cegu tak payah masuk kelas..dan dapat dengar ceramah free sambil2 kawal plajar....

Penceramah jemputan Pencetus Ummah Hafiz....






Ok...chow.... nak dengar ceramah ni...kikikiki

Entry langsung dr hp

Testing....testing....123...123....

Alhamdulillah....akhirnya dapat juga mama update entry dr hp...harap lebih rajin pas ni...hihi....

Ok..good nite...

SALAM PAGI ISNIN

Assalamualaikum....

Phewww!!!!!

Lama sungguh mama tak update blog ni... kesian...dah bersawang sgt2.... macam2 ceta nak luah...tp masa tak mengizinkan....

Nanti kalau berkesempatan...mama update yer...

Huhu...sedih tgk blog bersawang...

07 December 2013

BREAD MAKER COSWAY MENJADI PILIHAN HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jam di monitor pc dah menunjukkan jam 2pg... awal tadi masa mama tidurkan bobot...sekali dengan mama tertidur.. aduss... so sekarang.. bila dah terjaga...terasa segar pulak biji mata nih... dari tadi berlegar2 kat fb...sesekali..timbul new post..sesekali keluar new post... hurmm orang pon dah tidur...tinggal lah beberapa orang jer yg jadi burung antu mengupdate fb... macam biasa...bila hadap fb... mama akan singgah di KELAB ROTI... tengah gila meroti sekarang ni... dulu 24jam menyinggah di kelab diet atkin..diet carbo...owhh apa sudah jadi????? Roti...carbo??? carbo...Roti?? hurmm...no..no..no excelli mama buat roti untuk bekal anak2 mama bawa gi sekolah/taska....

OK cerita pasal meroti... bila sesekali terjebak dengan kelab roti tuhh..pperghh!!!..penangannya dahsyat... sehingga mama berjaya membawa pulang sebuah bread maker dr kedai cosway..kah..kah..kah...

Sebenarnya banyak brand2 yg canggih2... tapi money nyer pon mesti canggih ler.... tak gitu.... 
Dari dulu dok impikan bread maker sebenarnya...tapi masa tu yang tgh glamer breadmaker brand kenwood.. rasa time tu harga antara RM700 ke atas kalau x silap...ikut pada size dan funtion mesin tu lah... setakat basic tu...bole ler kot dapat Rm700 tu... tapi time tu ku hanya mampu tersenyum kambing jer kat BM tu..huhu...usap2  sambil berkata.."nanti cukup duit..aku datang bawa ko balik umah yer".. lama lepas tu macam dah tak ingat pon kat BM tu sampai lah hujung bulan lepas....bila mana mama terjebak dengan kelab roti..wakakaka... lama kot...rasa tgk bm kenwood tu kat SOGO antara thn..2008-2010 kot...

Mula tu diorg kata brand tesco lagi murah...kalau time sale hari tu dapat RM199..kalau tak sale.. sama jer harga ngan BM cosway ni... mama pon terjah tesco... tapi pekerja tesco cakap...BM tesco tu tak keluar stok dah...yang diorg buat sale tu..sebab nak kasi clear stok...hurmm lama sgt tak terjual kot...diorg tak tau sekarang org tgh gila meroti balik..hahhaha..

So..bila dah takde kat tesco.. mama pon terjah ler cosway area rumah mama ni... lalalalala~
hati menyanyi riang....




*semua gambar credit to pakcik gugel..gambar sendiri malas nak uplod dr hp*

ZASSS!!!! RM299 + RM5 sebab mama bukan ahli cosway...kikikiki...

Dapat jer Incik bread maker ni...hari2 mama meroyan buat roti mek oiii... BUKTI???? hari ni takleh ler nak tunjuk bukti... malas nak gi amik hp..pict semua dalam hp.... lain kali mama tunjuk roti mama yang gebuzzsss itu yer...

So that's all ceta pasal bread maker..... nak tidor dah ni...esok nak bangun pagi... nak meroti lagi...hahhahah..

p/s: post ini dikarang pagi2 buta td...dan telah disetkan untuk diauto publishkan pada hari ini....sekian terima kasih..




01 November 2013

#RESEPI : : KEK KEJU MELELEH

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat... 

Selamat datang NOVEMBER...
Babai to OKTOBER...

Hari ni buka jer pesbuk.. terus nampak makanan.
Hurmm bercheese2 plak tu..

Dengan pantasnya..menggerakkan mouse untuk kopi n pes (copy & paste) resepi..
Mana tau..suatu hari nanti teringin nak buat..
Nak buat sekarang.. masa tak mengizinkan untuk g cari bahan2..

Mula tu nak simpan dalam bentuk word jer...
Tetiba teringat kat blog bersawang ni
Baik simpan dalam blog.. InsyaAllah x hilang...

OK..tamau cerita panjang2.. sapa yang nak tgk resepi.. bole scroll ke bawah yer..

Perggghhhhhh!!!... LaazZZaaaTTTT nyerrr!!!


Kek Keju Meleleh
Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.

~Selamat Mencuba ^_^~

Daa~

30 October 2013

LAGI UPDATE BLOG TANPA GAMBAR...CETA PASAL DIET

Assalamualaikum dan salam pagi khamis...

Hari ni mood berblog masih kelaut.. masih lagi dalam percubaan untuk memanggil ke daratan..hihi Jadinya..hanya terhasil entry yang hanya mengandungi bait-bait perkataan... Tiada gambar untuk ditenung2...

Ok..back to cerita sebenar yang nak diceritakan hari ni.....

Sebenarnya nak update tentang cerita mama diet hari tu...owhh sungguh kelaut dalam...

Lepas Raya puasa hari tu...semakin hari..diet mama semakit kelaut..(perkataan hari ni adalah kelaut..layanzz).. mana tak nya..dari kueh raya..lemang..ketupat...hooihh tak boleh nak elak.. sodap tu... dari hari ke sehari...menanam azam untuk diet semula.. tapi tak kesampaian... sehinggalah berat mama yang hampir memasuki angka 63 melonjak naik ke angka 67... cer korang ambik kalkulator..kira brapa kilo naik tu??

T.I.G.A kilo ok...3 KILO...

Haihhh.. akhirnya mama nekad kena mulakan smula diet mama ni...kalau tak terimalah hakikat "KO MEMANG GEMOKS"

Tapi mama punya style...kalau nak diet..kalau tak bole makan itu..tak boleh makan ini... lebih baik mama puasa.. So dengan itu.. terPUASA lah mama pada hari ISNIN dan SELASA lepas... Alhamdulillah... sambil menyelam minum air orang-orang tua cakap...sambil ganti puasa...bole kurangkan berat... tak giteww..eww..ew.. heehhh...

Hari ni nak puasa gak... tp kawan mama minta mama temankan dia gi lunch.. so.. InsyaAllah..esok dan jumaat mama sambung semula ganti puasa...

Update berat untuk 2 hari berpuasa... dari 67 kilo ari isnin.... semalam..timbang sebelum berbuka 65.2 kilo.. Alhamdulillah...

OK...mama chow dulu...

Daaa~

27 October 2013

LAMA SAAANGAT TAK UPDATE BLOG

Assalamualaikum....dan salam petang..

Sungguh....sungguh lama tak update blog... macam biasa la...penyakit M melanda...

Nanti kena fikir dan fokus lah..nak cerita ape kat sini.... kadang2 idea tu byk...sampai x tahu nak cerita mana dl...last2 fedup logout blog camtu jer...

So...ok lah...nanti kita ketemu lagi yaa...da~

30 June 2013

~CABARAN DIET ATKINS~

ENTRY NI MAMA DAH LETAK GAM GAJAH SUPAYA IA KUAT PEKAT MELEKAT SEHINGGA TARIKH YANG DITETAPKAN... NEW ENTRY TOLONG SCROLL KE BAWAH YE.. TQ..

Entry ni adalah untuk mengingatkan mama tentang cabaran diet yang sedang mama lalui... Dengan harapan bila mama buka blog untuk update cerita pasal diet or crita lain.. mama baca entry ni dan supaya mama tak tersasar dr diet atkins.. InsyaAllah...

TARIKH MULA : 30 MEI 2013

KG YG NAK DIBUANG : 13 KG





P/s: Uolls amalkan diet atkins tak??? kalau yer.. please comment kat entry ni dan tinggalkan link.. mama nak buat bloglist utk atkiners...tq

13 June 2013

BE baru di bulan JUN

Hi assalamualaikum dan salam hari khamis...

Banyak hari gak mama tak update yer... mood pelbagai mood masih kelaut selepas balik bercuti.. cuma mood berdiet atkins jer yg masih berkobar2... sebabnyer.. hari2 asyik masuk page group KDA.. dan tengok picture sifu2 yang dah kurus melentiks gitew.. kikiki.. jadinya.. mama semangat tak habis2..

OK.. hari ni nak ceta pasal BE baru.. setelah BE lama dikreditkan minggu lepas...

Michelin P3ST

Tudiaaa... Michelin P3ST... Apa itu Michelin P3ST?? Nak tahu.. jangan segan2 nak klik...


Cerita yang kedua.. mestilah nak update pasal diet atkins mama ni kan..kan..kan...

Hari ni dah masuk hari ke-15... dah lebih 2 minggu... dalam masa 2 minggu tu 2 hari mama cheating.. tp 1 hari jer yg betul2 cheating.. hari kedua cheating tu..cheating sikit2... muahahah..apo kobondanyer lah mama ni kan.. cheating ni pon time balik kampung hari tu...

Sejak balik dari kampung.. hari isnin.. mama diet seperti biasa.. tp berat turun naik..kendian statik.. ishh tension gak.. last2.. semalam mama gagahkan jugak untuk puasa.. alhamdulillah.. hari ni timbang.. TURUN!!!! Hari ni pon puasa... tp pagi2 mama dah buat exercise.. harap2 esok bila naik penimbang mama akan tersenyum lagi...ngee~

Dalam diet atkins.. induction dibuat dalam tempoh 2 minggu.. tapi tak wajib... sesapa yang nak lanjutkan pon boleh... macam mama.. mama nak buat induction atleast sehingga berat mama turun dalam 10kg dari berat asal.. kendian baru nak masuk next fasa... sehingga hari ni.. baru turun 3kilo... haihh cheating lagi cek oiii!!

K lah.. sampai sini saja dulu... konon nak ceta psl BE.. alih2 pasal diet gak.. kelauuutt!!

05 June 2013

IZZUE ISLAM DAH KAHWIN

Haihh... sapa ler plak Izzue Islam ni???

Ecece.. buat2 tak kenal pulak... kalau korang tengok cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia.. mesti korang kenal Izzue Islam ni...

Jom layan gambar-gambar perkahwinan Izzue Isalam bersama pasangannya Awin Nurin..

Izzue Islam....


Dengan sekali lafaz... mereka sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah...


Cun kan


Sut putih menjadi pilihan Izzue Isalam dan Awin Nurin


Semoga perhubungan berkekalan hingga hujung nyawa... 
Amin...

DIET ATKINS : : HARI KETUJUH | KETERUJAAN YANG MELAMPAU

Assalamualaikum dan salam diet dari mama....

Wowww.. hari ni sangat2 teruja.. tak sabar2 nak update dalam blog...

Seperti biasa... bangun jer pagi... mama akan timbang berat dulu... perasaan semalam macam.. takutnyer berat naik hari ni.. sebab semalam mama makan daging macam banyak (ye ker banyak..) tapi still tak melanggar diet atkins lagi...

Timbang...

Tunggu...

Taraaaa~ kuar angka yang sangat2 membuatkan mama nak terlompat2 atas penimbang tu..

Digit depan dah bertukar.... yahooo....

Untuk hari ke - 7 mama dah turun sebanyak 3.4kilo.... best kan.... Ok lahh.. chow chin chow.. kalau sempat mama update lagi... hari ni busy nak pack barang.. malam nanti nak bertolak balik kampung.... Doakan semoga perjalan mama dan famili selamat pergi dan selamat pulang ya... thanks...

p/s: harap2 mama dapat menahan godaan di kampung.... tp memang plan dari ari tu... mama akan langgar gak sket diet tu... nak makan benda yang jarang2 jumpa.. contoh.. harum manis.. dan sotong goreng tepung.. tu jer... Ok yang tu nanti lah mama ceta next entry K.. Byeee

04 June 2013

DIET ATKINS : : HARI KELIMA & KEENAM

Hai uolls....

Assalmualaikum dan salam diet dari mama.... ngeee~

Hari ni dah 6 hari mama berdiet atkins.... semalam hari kelima lupa nak update..huhu..
Kay lah jom bercerita pasal menu semlm dan hari ni...

Semalam brekfes... mama buat sayur sawi goreng dengan ayam...
tgh hari x makan.. asik minum air jer.. perut lak tak berapa berkeroncong.. pelik gak..
So lunch mama sekali la dengan dinner... Hari ni dinner kat luar.. sebab dah alang2 kat luar nak gi klinik check si bobot yang batuk and selsema... Untuk dinner mama pesan sup sayur dan ayam goreng jer... bila makanan sampai jer.. haih.. kalau buat kat rumah pon.. save bajet.... tapi apa2 pon kenyang... Alhamdulillah...

Hari ni... Hari ke-6..

Brekfes telur dan ikan bilis..digoreng... mama wat sebiji jer..sebab tak lapar sangat... tu pon brekfes dalam kul 9... tp bila dah menyuap tu.. tak sedar telur dah licin tinggal pinggan.. rasa cam tak cukup pon ader...ngeee~ tapi takpe nanti lunch plak...

Lunch menu yg sama cam pagi.. dasar malas nak masak.. bole??? hihi
Tp telur mama upkan jadi 2 biji... OKeh.. dah kenyang...

Air diminum secukupnya...

02 June 2013

HARI KE EMPAT

Assalamualaikum... dan Salam hari minggu...

Apa aktiviti hari ni??? Mama ni byk sebenarnya yang nak dilakukan.. Semalam macam2 yang diplan... Tetiba hari ni tak berapa sihat.. perut tak sihat..

Hari ni macam biasa... update pasal cabaran diet atkins mama...

Alhamdulillah... Dah masuk hari ke-4... Dan kalau uolls nak tahu.. berat mama dah turun lebih kurang 3kg... Best tak..? best tak?? BEST KAN....

Semalam ceta pasal breakfast jer kan.. jadi jom mama sambung menu semlm dan menu hr ni...

Tengah hari semalam.. Mama just ratah2 ikan kari yang tak habis tu.. ada lah 3 ekor.... Ermm pastu minum air jer sampai ke petang... perut ada gak rasa lapar.. makan ikan ni tak berapa kenyang... kalau ayam lama skit kenyang.... so bila terasa lapar mama cover ngan air jer.. malas nak masak sebenarnya..hihi.. Nak hilangkan lapar... mama makan jer cheese 1 keping.. legalah sikit... tp.. sebenarnya.. mama ni tak berapa hadap sangat ngan cheese tu.. tapi masa makan tu... layan jer lahh... nak cantik punya pasalkan..kikiki

Petang.. merangkap dinner.. mama goreng telur tabur ikan bilis... boleh lah diterima tekak... dan macam biasa minum air dengan banyaknya...

Hari ni pulak.. Mama breakfast.. sama ngan menu malam tadi... telur 2 biji digoreng dengan ikan bilis.. tak perlu taruk garam.... cheese sekeping.... mula tu nak ratah cam tu jer.. tp tak sampai hati.. sian kat tekak.. jadi mama tabur2 dalam telur... ok.. sedap!!

Tengah hari ni... nak makan luar.. jenuh pikir.. nak makan aper dan kat mana? Dan akhirnya.. Incik Abah bagi idea.. pegi makan nasik arab.... so mama boleh order ayam saja... hehehe.. Incik abah tu hantu kambing.. dia nak gi makan kambing ler tu...

Ok.. jom nak gi siap2 apa yang patut..

Daaa~

01 June 2013

HARI KE TIGA

Alhamdulillah... Dah masuk hari ketiga... Harap2 hari ni dapat melalui dengan jayanya...

Menu lunch semalam - sayur dan seketul ayam baki dinner mlm kemarin nu...

Dinner - atas permintaan anak bujang mama... mlm kemarin gak.. yang nak makan kari.. so mlm tadi mama masakkan kari ikan... jadi dinner mama ikan kari + brokoli....kenyang ... Alhamdulillah...

Hari ni breakfast cam biasa...
Telur 2 biji..tabur cheese sekeping...serbuk lada putih.. yummmy!!

Timbang semalam.. ada penurunan sebanyak 200g...
Hohoho ~ 2 ratus gram.. okey lahh dr tak turun langsung..

Hari2 cuti ni.. risau gak kot tak tahan godaan....

Doakan semoga mama dapat menepis segala godaan k...

Bye.... nanti mama update lagi..


31 May 2013

MENU 1ST DAY AND BREAKFAST 2ND DAY

As salam dan salam sejahtera kawan-kawan... hehh bunyi macam nak bercerita kanak2 pulak...

Hari ni just nak update menu semlm dan hari ni......


1ST DAY | RABU | 30 MAY 2013

Tudia complete bagai....

BREAKFAST...
Semalam mama makan telur 1 biji jer... kenyang ker?? kenyang tak kenyang kena redha jer lahh.. sebab dalam peti ais cuma tinggal sebiji jak..hahah
Telur tu mama pecah dan masukkan ke dalam mangguk... letak garam sket..serbuk lada putih sket... Masuk microwave... TET!!!... 1 minit dah bole kuarkan dan NGAP!! LAZAT~

LUNCH....
Mama goreng ayam.. bahagian paha 5 ketul... Mama ngap 3 ketul... Huwaa.. time tu dah rasa cam musang pon ada gak... 2 ketul lagi.. Kakak Yaya habiskan.. dia pon kena diet atkins gak.. sebab mama dia lupa masak nasik.. Wakakaka...

DINNER....
Masak untuk family.... Mama makan ayam goreng dan sayur sawi jer... Alhamdulillah.. kenyang...

Air 1 hr.. rasanya cam lebih 2 liter.. not sure cukup ke tak 3 liter..


2ND DAY | KHAMIS | 31 MAY 2013

BREAKFAST...
Semalam dah pegi borong telur dan drumstick.... So hari ni.. telur diUPkan kepada 2 biji.... caranya sama.. pecahkan 2 biji telur... Masukkan ke dalam mangkuk.. tapi hari ni mama tak letak garam.. mama potong2 cheese tabur atas telur... kemudian masukkan sedikit serbuk lada putih... Rasanya LEBIH LAZAT...
Tak percaya?? Cer cuba...

untuk lunch dan dinner.... blom pikir... tp opcos lah ayam kan... nak bakar or goreng blm tau lagi... tgk mood dulu..hihi..

Ok chow.. nanti apa2 berita gembira mama update ok..

P/s: berat blom boleh update.. nanti kalau dah turun berkilo2 baru lah best nak citer...huahuahua...

BILA NAK KURUS NI...?????

As-salam dan Selamat pagi...

Haih tak habis2 pasal nak kurus....
Nak KURUS tapi melantak macam MAK GAJAH.....

Hari tu masa ganti puasa.. adalah nampak kurus sikit (hahahah TIPUUUU).. badan rasa ringan sket.. perut pon dok elok jer di sebalik baju... Bila dah cuti ni.. puasa pon dah ke mana... perut pon asik menerima makanan yg best2 je.. mula lah nak buat perangai.. nak menonjolkan diri... Tak suke..tak suker..

"Ehh.. ko peknen lagi ehh??"

Soklan lebih beretika..

"Ko tak ngandungkan...?"

Mode : TENSION!!

So berbekalkan semangat NAK BALIK KAMPUNG minggu depan... dan tak mau ORG KAMPUNG TERKEJUT MONKEY...

"ehh anak kecik lagi...ang dah peknen pulak.."

kalau yg tak kenal boleh la jawab... Dah rejeki....

So mama pon amik keputusan NAK DIET ATKINS selama 1 minggu...

HOHO!!

Doakan semoga daku berjaya...
Amin~

18 April 2013

Testing..testing... haishh...asyik testing jer..

Hai.... mama bersiaran dr hp ni.. sebab tu testing2....

wahai blogger2 tegar... uols update blog guna hp tak? apps ape uols guna yer... hhuhu..sgt jakun mama ni okeh..

ni nak try masuk pict plak..haih


11 April 2013

Alhamdulillah.....

Setelah sebulan menyepikan diri..
mama timbul kembali.. hihi..

on off on off dengan keja2 yg tk pernah habis..

Hari ni mama bersiaran dr my new home sweet home....
Masih bz dengan mengemas umah.... keja2 sekolah...

Ada masa nanti.. mama update lagi...

tata titi tutu~

08 February 2013

~ JUST 4 YOU ~


just nak wish uolls.....



 dan bagi yang menyambutnyer.......



yang pulang ke kampung halaman... berhati-hati memandu.. semoga sampai ke destinasi dengan selamat.....



p/s: doakan semoga mama & famili selamat sampai ke kampung halaman....Amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...