10 March 2011

NAK JOIN HEARTBEAT.MY TAPI MACAM MANA NAK MULA..??

Salam Malam uolls...

Sekarang ni dah ramai yang join Heartbeat.my...
Pastu pulak dengar2 pendapatan daripada heartbeat.my ni masyukkk gilerrr...
Ni yang buat tangan mama tak reti nak dok diam ni...
Ermmm...betul ke boleh dapat sampai 3 4 angka nih....?

Uolls yang dah join kasi lah pendapat sket....
Bape dah pendapatan uolls dari Hb ni..?

HAJAT MERAIKAN PERKAHWINAN KAKAK TIDAK KESAMPAIAN APABILA MAUT SEMASA MENYELAMATKAN DIRI..

Pemuda Maut Terjun Bangunan 
KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda meraikan perkahwinan kakaknya Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah rumah kedai di sini bagi mengelakkan serangan sekumpulan lelaki.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata pemuda itu Khairul Helmi Kamaruddin, 20, mengunjungi sebuah pusat Internet di Taman Melati awal pagi tadi apabila sejurus kemudian sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang, rantai dan batang besi menyerbu masuk ke pusat itu pada 3.00 pagi.
Katanya, kerana ketakutan, Khairul Helmi serta tujuh pelanggan lain bergayut pada tingkap bangunan sebelum terjun bagi menyelamatkan diri.
"Tetapi malangnya Khairul Helmi patah tengkuk dan meninggal dunia di tempat kejadian, dua lagi koma manakala lima lagi sempat melarikan diri.
"Beberapa orang pelanggan lain sempat meluru ke bilik belakang pusat internet itu dan mengunci pintu ketika suspek menyerang meja kaunter bayaran dan memukul juruwang.
"Manakala seorang pelanggan diserang dengan parang dan seorang lagi ditarik keluar dan dibawa lari," kata Zainuddin.
Zainuddin berkata, motif serangan itu dipercayai balas dendam berikutan pergaduhan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis kini sedang mengesan kesemua suspek dan seorang lagi mangsa yang dibawa lari itu.
Sementara itu, kakak mangsa, Norazlin Khamaruddin, 27, berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa adik bongsunya itu kira-kira jam 6.30 pagi ini setelah dimaklumkan oleh rakan adiknya.
Norazlin berkata, beliau percaya serangan itu berpunca daripada tindakan balas dendam berikutan seorang lelaki dipukul di Ayer Panas, Setapak dua minggu lalu.
Beliau terkilan perkahwinannya tidak dapat diraikan bersama adiknya itu.
"Khairul sudah berjanji untuk membantu meringankan beban saya pada hari bersejarah tersebut tetapi tidak kesampaian dan saya terpaksa meneruskannya walaupun dalam keadaan bersedih," katanya. - BERNAMA 

p/s: keadaan sekarang dah tak selamat...manusia dah sanggup lakukan apa saja demi kepentingan sendiri....

KERJA KOSONG MENANTI ANDA TIADA LAGI MASALAH PENGANGGURAN DI MALAYSIA

As Salam....

Berita terkini yang membuatkan penganggur-penganggur terhormat di Malaysia tersenyum meleret....

Sebanyak 162,180 pekerjaan kosong masih belum diisi daripada jumlah keseluruhan 193,739 pekerjaan yang didaftarkan dalam portal Jobs Malaysia sehingga bulan lalu...

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata daripada jumlah keseluruhan pekerjaan yang didaftarkan, hanya 31,559 penempatan pekerjaan dibuat dalam tempoh yang sama.

Berita sepenuhnya di SINI 

Xcelli....banyak pihak yang mengatakan...generasi sekarang menganggur disebabkan kerana terlalu memilih pekerjaan.....betul kah??

Tepuk dada...tanya selera.....

APA ITU TEKNIK SEO DAN MACAM MANA NAK GUNA TEKNIK SEO

Salam hari khamis semua....

Hari ni mama nak bercerita tentang TEKNIK SEO......
Mama ni tak lah pandai sangat......sekadar nak bercerita semula apa yang mama faham dari pembacaan mama...kalau ada yang salah...sifu-sifu SEO tolong betulkan yer...

Apa itu TEKNIK SEO..?

SEO ialah Search engine optimization.. kalau di translate kan ke dalam bahasa melayu menggunakan google translate agak kelakar bunyi nyer "mesin carian pengoptimunan" hihi...

Macam mana nak guna..?

Dari pemerhatian mama....kalau nak guna teknik SEO ni...seseorang blogger tu kena peka ngan isu semasa.. sebabnya....teknik SEO ni perlu menggunakan keyword-keyword popular... bila dah dapat keyword yang sesuai..kita perlu pandai membina ayat...hahaha..cam budak darjah 1 pulak kan....kita kena fikir...apa yang orang akan search tentang berita tersebut......kendian....keyword yang digunakan tu...mesti digunakan semula dalam entry kita tu.. (huhu betul ke ni sifu..?)

huhu....
mama ni pon bukan lah pandai sangat..dan tak berapa peka dengan isu semasa...apatah lagi dalam bab2 mereka ayat ni..memang fail....

tapi semalam....mama cuba guna teknik SEO ni mengikut apa yang mama faham....


nampak tak...?  13 online ... ni bukan disebabkan blogwalking yer..ni datang dari search engine.... memang tak sangka... (walaupun 13..mama hepi coz blog mama ni kan tak glamor)

okey.. jom kita tengok...

klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas...

Hot topik semalam pasal perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Pakistan.... 
Huh!! Sememangnya hot.....

Lepas ni boleh buat lagi..yea..yea...

TAPI

Masalahnya mama ni tak reti nak cari keyword-keyword yang hot tu... *_*

Kat mana boleh search keyword2 yang fofular yer...? (mama ni kan tak peka dengan berita2 terkini..heheh)

p/s: mama budak baru belajar..kalau salah tolong ajarkan.....bukan nak berlagak jadi sifu SEO...tapi sekadar catatan dalam blog mama yang tak seberapa ni.. :) *peace*

BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP

Salam malam uolls...

Malam ni .. mama nak ajak kawan2 join churpchurp...
Penah dengar tak..?
Alah si anak burung biru yang shomel tu..

Kalau adik2..kakak2 nak tau...
Ada ramai churper2 kat luar sana yang dah dapat beribu riban pendapatan dr churpchurp ni..

Kekdahnyer senang jer...
Diorang kasi kita iklan..kita publishkan saja..
Diam2 jer dapat duit..

Tapi kalau nak pendapatan yang mencanak dari churpchurp..
kenalah kerja keras sikit..
kenalah rajin promot iklan tu...

kalau buat keja ala kadar..pulangannya pon ala kadar..
kalau buat kerja bersungguh2...pulangannya pon berlipat ganda..
tak gitew maknyer...? heheh

mama ni tak ler jadikan pendapatan churpchurp ni sebagai pendapaan utama..
jadi tak der la masyuk sangat...
sekadar membuat apa yang perlu..
promot pon sikit2 jer..
time tak bizi....
selalu nya bizi sokmo...

so kalau mak nyer..mak nyer..nak try....
klik jer kat bawah ni.....
jom kita join sesama...

klik jer banner ni...

Jom join..pastu ajak kengkawan lain join....
dapat S.I.N.G.G.I.T. tau...
kalau 10 kawan join..kan dah S.E.P.L.O.H..H.I.N.G.G.I.T...

owhh sangat masyuk....
tunggu apo lagi...jom join cepat....

p/s: churpchurp ni adik beradik nuffnang...so jangan risau pasal status geliteri tu...hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...