06 November 2011

MY MINI KEBUN


Sebelum mula pot pet pot pel pasal tajuk di atas.... dah hari ni hari raya.... jadi mama nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Isalam.... yang pulang berhari raya di kampung.... Selamat pulang dan selamat kembali hendaknye.... jangan lupa bawak ketupat dan rendang untuk mama yang di perantauan ni...(kih!! kih!! kih!!)

Ok... back to tajuk....
Xcelli... dah lama mama nak buat entry ni... tapi biasalah... dengan mood yang tak berapa nak ok... dengan masa yang tak mengizin kan... ehh stop stop merepek nih.. kata nak ceta pasal mini kebun kan... jom~

Inilah picture mini kebun mama yang tak seberapa.. baru jer snap pagi ni... ngeee!

Ini pokok cili yang mama beli hari tu... ada 4 pokok..... alhamdulillah masih hidup segar... tapi lambat nyer batang dia nak jadi dewasa.. masih kehijau-hijauan...


Haa!! ni pokok apa pulak?? sapa terror cuba teka.....
.
.
.
.
.
hehe..
pokok di atas adalah benih pokok timun.... 
benih timun ni mama beli di carrefour (kalau x silap).... Ala..yang dalam peket2 tuh.. ada 14 biji jer kot... sangat senang tumbuh.... semai 2 hari jer.. terus keluar akar... kemudian daun... mama rasa hari ni baru 1 minggu kot umur pokok2 nih...


Next pokok ialah pokoooooookkkk ...?
Heheh... sapa terror cer teka....

Ini ialah pokok kacang bendi.... sama gak ngan benih timun tadi... mama beli yang dalam peket tu.. ada 12 biji benih.... biji benih kacang bendi ni lagi senang hidup... semai 1 hari dah keluar akar dia.. sangat teruja di situ ya kawan2...hhehe~


Ini pulak... perkampungan cili dan tomato...
Hhehe.. hari tu mama main baling jer biji benih sebab tu sesak skit keadaan di sini... yang ni mama guna biji benih dari cili dan tomato yang fresh.... cepat gak hidupnya.. tapi tak lah secepat pokok kacang bendi.... usia pokok2 ni.. mama pun dah tak ingat... sebahagian pokok tomato yang nampak membesar tu mama dah ubahkan ke pasu minggu lepas... nampaknya dah ada yang membesar lagi tuh.. pasu dan tanah dah habis... semalam lupa nak suruh incik abah berhenti kat nursery pokok... hari ni mesti tutupkan..huhu.. bersabar ye pokok2...


Ini plak pokok bunya ros.... mama beli kat kampung masa balik raya hari tu.... yang satu tu daun dia besar2 dan hijau pekat gitu.. yang satu lagi biasa2 ajer.. tapi yang peliknya... kadang2 daun2 nya menguning.. pastu gugur... cam tak cukup air.. padahal setiap hari mama siram... yang dalam bekas biru tu.. dalam macam tak berapa nak sihat tu... boelh pulak berbunga... tapi bunganya tak lah sebesar time beli dulu2... tecikk gitew.. :(

So...inilah mini kebun mama... ehh.. xcelli ada lagi.. ni sebahagian yang diletakkan di balkoni... yang letak kat luar ada lagi... pokok daun pandan, pokok bawang, pokok kunyit, pokok halia, pokok aloe vera dan pokok tomato.......

Pokok2 di atas mama tak berani nak letak di luar yang menjadi lalu lalang orang.. sebab dulu pernah terjadi pokok2 mama di cabut oleh tutttt!! siapa tuttt itu... mama pon tak tau... mungkin lah kanak2 yang tak reti apa2 lagi... so nak marah pon tak boleh.. kan nenek kan...kan kan..

Okeylah... ini sahaja lah cerita mama di pagi hari raya ni....

Selamat Hari Raya..
adios~

2 comments:

Anonymous said...

salam..nak tanya biasa pegi nursery kat mana? ada tau info kat mana nak dapatkan anak benih pokok2 bunga..tq

Unknown said...

hai mamawanie... mama kenai saya ka dak ni? haha saja nak mnyakat hang...
wei... i'm a blogger also right now...
anyway... aku minat jgk nak jadi hang kebun ni..
dok brangan nak ada garden sdiri tp aku lebih bminat kepada tanaman sayur dan pokok2 yang nak pupus ni.. mcm ulam2 yang pelik2.. bestkan... idea ni dapat masa tgk MAHA dalam tv dulu la..
bila la nak dapat.. dok atas angin ni susah la.. doa2kan aku dpt dok rmh atas tanah boleh join hang jd hang kebun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...