22 April 2010

~Suami..Ayah...Terbaik untuk kamu...apa lagi yang kamu mahu??~

Salam...
Terdetik untuk menulis seperkara tentang keluarga mama...
bukan untuk memuji..bukan untuk menghina..
tapi sekadar untuk tatapan anak2 mama...
pabila mereka besar kelak..

Sungguh besar pengorbanan seorang lelaki yang begelar suami kepada mama..
dan bergelar abah pada anak2..
tatkala mama sibuk dimeja tulis..
abah lah yang menjaga anak2..
abah lah yang menidurkan anak2

terdetik sayu dihati..
melihat pengorbanan suami ku yang tercinta..
menidurkan anak2...bak seorang ibu..
seorang di kiri..seorang di kanan
terkadang terdengar suara rengekan si adik..
ditepuk lembut agar si anak tidur kembali...
walaupun letih..walau pun penat seharian bekerja..
digagahi juga melayan karenah anak2...
sungguh besar pengorbanan mu...

semoga..kita akan menjadi sebuah keluarga yang bahagia..
hingga ke akhirnya...

Terima kasih sayang.....

1 comment:

https://mummyisma.blogspot.com/ said...

Betul wani, suami atau ayah/ papa/ abah/ daddy apapon gelarannya banyak pengorbanannya. Ketika kita isteri/ ibu kepada anak2 ini tidak dapat meluangkan sedikit masa kerana tanggungjawab yang dibawa pasti mereka inilah yang akan membantunya. Saya dapat merasakannya kerana saya telah kehilangan orang yg selama ini byk membantu saya sepanjang menjadi isteri & mummy kepada anak2nya. Bersyukur kerana telah memilikinya walaupun seketika. Redha dengan pemergiannya.

Sayalah mummy & daddy kepada anak2 ini kini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...