23 October 2009

~MESTI BACA~ Gempa di Padang: Kaitan Waktu Dengan Ayat Al-Quran

Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52.
Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang direkodkan ialah 7.6 skala Richter. Hingga kini, angka korban yang dicatatkan menghampiri 1000 orang, dan beberapa buah kampung sudah diisytiharkan sebagai tanah perkuburan besar selepas operasi mencari mangsa yang tertimbus dihentikan.
Beberapa hari selepas tragedi gempa tersebut, tersebar melalui email dan SMS satu andaian mengaitkan waktu-waktu gempa dengan beberapa ayat Al-Quran. Berikut adalah contoh tulisan yang tersebar: 
Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa).
Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz).
Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya.
Persoalannya, bolehkah mengaitkan secara langsung tiga ayat Al-Quran di atas dengan tiga gegaran gempa bumi baru-baru ini berdasarkan persamaan antara waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran?
Saya cuba membawakan beberapa fakta yang mempertikaikan kebenaran teori mengaitkan waktu kejadian dengan nombor surah dan ayat Al-Quran.
1- Waktu-waktu gempa tersebut (17:16, 17:58, dan 08:52) adalah mengikut standard Waktu Min Greenwich (Greenwich Mean Time) ataupun ringkasnya GMT. Untuk pengetahuan, sistem waktu GMT hanya mula diperkenalkan sekitar tahun 1884 dan Kota Greenwich yang terletak di Britain dipilih sebagai pusat.
Ini bermakna teori mengaitkan waktu gempa dengan nombor surah dan ayat Al-Quran hanya relevan selepas diperkenalkan sistem waktu GMT iaitu pada tahun 1884. Maka jelas bahawa ini adalah teori yang baru, yang tidak pernah diketahui oleh ulama terdahulu, apatah lagi pada zaman Kenabian.
2- Teori mengaitkan waktu peristiwa dengan nombor dan ayat Al-Quran hanya terhad kepada 24 surah pertama sahaja, iaitu daripada Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Nuur. Ia juga terhad kepada 59 ayat pertama sahaja daripada 24 surah berkenaan. Kerana, sistem waktu ini hanya mempunyai 24 jam, dan setiap jam mempunyai 60 minit.
Jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran ialah 114 buah. Bererti terdapat 90 surah lagi dalam Al-Quran yang langsung tidak boleh diaplikasikan kaedah penafsiran ini. Manakala 24 surah pertama pula, hanya 59 ayat pertama sahaja yang berkaitan dengan kaedah ini.
3- Mengikut teori ini, angka jam dipadankan dengan nombor surah, dan angka minit dipadankan dengan nombor ayat. Contohnya pukul 17:16 boleh dipadankan dengan surah ke-17 iaitu Al-Isra’ dan ayat yang ke-16 daripada surah tersebut.
Soalnya, dari manakah kaedah padanan ini diambil? Adakah dari seorang rasul yang diutuskan, atau dari akal yang keterlampauan?
4- Jika teori ini benar dan bukannya kebetulan, sudah pasti setiap peristiwa besar seperti gempa dan tsunami boleh dirujuk terus kepada ayat Al-Quran dengan melihat kepada waktunya yang dipadankan kepada ayat Al-Quran.
Atau sekurang-kurangnya dengan mengatakan bahawa sejak diperkenalkan sistem waktu GMT pada 1884, maka setiap peristiwa besar yang berlaku boleh dirujuk ayat Al-Quran dengan memadankan antara waktu dengan nombor surah dan ayat.
Tetapi selepas membuat beberapa padanan terhadap beberapa kejadian gempa sebelum ini, didapati bukan semua kejadian gempa bumi sesuai dipadankan dengan nombor surah dan ayat. Hasil yang diperolehi kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang kaitan antara ayat berkenaan dengan kejadian.
5- Kaedah-kaedah memadankan angka samada waktu atau tarikh dengan ayat Al-Quran adalah satu bentuk mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Sebelum ini terdapat kajian berdasarkan angka Al-Quran mengatakan bahawa peristiwa 11 September sudah pun diisyaratkan di dalam Al-Quran. Dan kajian-kajian angka seperti ini juga menghasilkan satu ramalan bahawa Qiamat akan berlaku pada 2012 akan datang. Lihatlah kesesatan manusia apabila memahami Al-Quran dengan kaedah yang direka-reka.
Perlu difahami, ini bukan bermakna dilarang mengambil iktibar sesuatu peristiwa daripada ayat Al-Quran. Malahan, kita dituntut supaya merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam apa jua pertikaian dan permasalahan dalam kehidupan.
Contohnya, peristiwa gempa seperti ini boleh dikaitkan dengan ayat 22-23 surah Al-Hadid yang bermaksud:
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”.
Jika diikutkan teori mereka, sampai bila-bila pun sebarang peristiwa bencana tidak dapat dikaitkan dengan ayat ini kerana kedudukannya ialah pada 57:22, sedangkan sistem waktu hanya mempunyai 24 jam sahaja.
Kesimpulannya, ambil lah iktibar daripada Al-Quran berdasarkan padanan antara peristiwa dengan makna dan tafsiran satu-satu ayat Al-Quran. Bukan berdasarkan padanan antara waktu dan nombor ayat Al-Quran.
Sekian.

p/s: kebetulan semalam....kawan mama ada tunjukkan sms yang dia terima berkaitan isu ini.....terus terlintas di hati dan menerimanya....so tergerak nak cari kebenarannya..alhamdulillah..ini yang mama jumpa..sekurang2nya...minda mama dah berubah....Terpulanglah pada kawan2 untuk menerimanya atau tidah....Sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Pemurah..Sucikan lah dosa aku dan keluarga ku..serta sahabat2 ku..AMIN....

Dipetik dari : SINI

~Basi~

Walaupun cerita dan gambar dah 'basi'
mama tetap nak hapdet gak...

hehe...



gambar ni di 'snap'
semasa mama menyambut anniversary yang ke-4..
dan juga besday mama yang ke .... (hehe..rahsia..)

simple jer..
sebab kakak dan akief suker sangat makan spegetti..
dan mama suke sangat makan pizza..
so abah bawak kitorang makan pizza kat IOI mall Puchong...
kek tu..kakak yang pilihkan...
xcelli dia nak yang besar..
tapi...kitorang amik yang kecik..sebab takut tak habis..
(memang dah tau tak kan habis punyer....)

p/s: gambar main menu..pizza..tak sempat nak snap..sampai jer terus lupa daratan..terus ngap...hehe...thanks abah....

22 October 2009

~ONLINE CONTEST-SENYUMAN CERIA SI COMEL~

Sempena besday abah hari ni..
rasa2 mama nak terjah blog2 yang ader contest..
nak join contest sebanyak mungkin..
mana tau ada luck..
selalu orang kata tuah anak..
so apa kata kita cuba tengok tuah bapak plak..
hehe...

so..contest yg mama nak join ni ialah
~ONLINE CONTEST-SENYUMAN CERIA SI COMEL~

Online contest ini di buka dari tarikh:
15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.
Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.
Cara2 penyertaan?
  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
so gambar yang dipertaruhkan......
1. Muhammad Akief Fahmie (12bulan)








2. Dalia Farisya (3tahun 5 bulan)


fuh..kiri...fuh..kanan..
Ya ALLAH...
Bagi la menang..
AMIN...hheehe..

p/s: tak main bomoh yerk..

21 October 2009

~Ragam si kakak~

orang selalu cakap...
kanak2 memang cepat belajar...

orang juga selalu kata...
kanak2 tak pandai bohong...

Suatu hari..
si abah bertanya pada anak perempuan nya...


abah : kakak...sok bila besar..akak nak jadi apa?
anak : nak jadi gajah.........




p/s: sape tak faham.....sila angkat tangan.....

20 October 2009

Jujur @ Bodoh

Tempat kejadian : Station minyak caltex puchong utama....

Kejadian berlaku masa mama kat kaunter nak membayar..

casher pada masa tu...sorang mak cik...melayu..
dan sorang lagi lelaki..bangladesh kot kalau tak silap...

nak dijadikan kes..
datang ler sorang pompuan ni..
nak bayar air tin dia..

so bila bangla ni kasik balance..
mula ler pompuan ni tanya...
bukan saya bagi 5 ringgit ker tadi?
(xcelli mama pun tak pasan dia hulur duit baper hengget...)
bangla ni pun jawab.. 
tak awak kasik 10 hengget..
pompuan ni pon terpinga2...
ehh..tak..saya kasi 5 hengget jer..
yang si bangla ni plak...
dengan senyum simpul ala2 lurus...pun jawab..
tak...10 hengget...dah betul tul...
si pompuan masih nak argue

emm..cam kasik 5 hengget jer tadi...
apa hal ler pompuan ni..sengal sangat..
pastu si pompuan ni pun cek ler..dompet dia..
yang mama perasan dalam dompet dia ade sekeping duit 5 hengget...
dengan penuh kesengalan..pompuan ni pun..
okey lah..betul la kot...
apa kes ler korunk ni...

pastu pompuan tu blah...
aku jer yang dok terpinga2 nengok dua org casher tuh...

mak cik melayu.....apa la ko ni..bodoh..
dah orang tu tak nak amik duit...tak yah la bagi..
ishh..ko ni..bodoh ler..(ada buat gaya nak lekuk kepala mat bangla nih)

mat bangla yang jujur..(keh..keh..keh...) ada butul la mak cik dia kasi itu wang 10 hengget

moral of the value : patut ker kita orang malaysia mengajar sikap tidak jujur pada orang asing??malukan..tapi..mama sedar..kadang2 semua ini berlaku secara kita tidak sedar......

Apa yang mama pasan..mak cik melayu tu pun sengal...masa mama nak bayar..(guna c card)..mama dah cakap..50 hengget...dia boleh tanya..minyak aper...95 ker 97...? mama cam ingat2 lupa...punyer la dia tunggu mama jawab baru nak swap...pastu mama tanya ler mak cik sengal tuh..(haa kan dah dapat sengal...) ader beza ker minyak aper...? nak tau apa mak cik sengal tu cakap.....kalau yang 95 tu murah sket dari 97...tapi..sama jer kalau bayar 50..50 jer la nilai dia.. apa punyer bengap ler..memang ler..itu aku pun tau..
yang ko sebok nak tau aku nak guna minyak aper knp...? pastu kedekut plak nak bagi sticker....50 hengget kalau mama bayar kat mat bangla tu..dapat 2...tapi mak cik sengal nih..mula tu bagi 1..pastu bangla ni ler yang cakap..bagi 2..pastu..mak cik sengal macam skema ni...cakap..kalau ikut prosedur..50 ni satu jer..cuihhh..aku rasa mak cik sengal ni ada hati dok berangan nak jadi big boss kot..macam ler station minyak tu dia yg punyer....bole blah.....

opss..sorry..mama dah naik minyak...
ok chow..stakat tu jer la..luahan perasaan..
keh..keh..keh..

~Pagi Yang Indah~

Huhu..
hari ni aku cuti lagi...
tapi still kena bangun awal gak..
(hehe...awal ker?)


esok dah mula skolah...
tapi student exam..
best...best.....


aku bukannyer tak minat nak ngajar..
tapi bila dah ujung2 tahun nih..
budak2 pun dah tamau belajar..
nak main jer...

so cegu jer la yang dok terjerit2 kat depan..
naik fedup gak...

bila diorang dah mula peksa ni..
lega ler sket..
tayah nak jerit2 segala bagai...
bole ler tekak ni rehat kejap...


kay la..chow chin chaw....
nak gi wat kijo umah doluuuu....
hheheee

template

19 October 2009

~ Berakhirnya Sebulan Berhari Raya ~

Hari ni..hari terakhir bulan syawal..
bermakna hari terakhir dlm bulan raya..

di kesempatan ini...
mama ingin memohon jutaan maaf..
seandainya mama ...
terkasar bahasa...
terlepas bicara..
termengutuk sesama kita..
atau apa saja yang mengguris di jiwa....

bagi teman di alam maya..
sekiranya ada coretan mama yang terguris di hati..
mama mohon ampun...

...SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR & BATIN



~Muhammad Akief Fahmie Fadzli @ 1 thn~



Xcelli akief cukup 1 tahun pada 13 oct hari tu..
tapi saja jer mama create entry ni untuk post picture ni...
untuk kenang-kenangan...

muhammad akief fahmie from nb-1yr (clockwise) 

17 October 2009

~Kerja Masa Cuti~

hehe...aku kan cuti berhari2....
so..aku amik kesempatan ni utk mengumpul semula
semua gambar2 yang berselerak merata2..
ada yang tersimpan kat dalam thumbdrive...
ada yang tersimpan dalam laptop lama...
ada yang masih tak upload dari camera n handohone...
uishh....snap rajin..
nak simpan malas.....


~Open House @ Rumah Cegu Nora~

Hari sabtu yang memborink kan...
(slalu tak borink sebab kuar shoping)

bangun jer..terus wat keja2 umah yang blom siap..
basuh baju...(stok seminggu...)
lipat baju..(..baki semalam..)
basuh pinggan jer blom..malas giler...

seb baik ler cegu nora jemput ke open house dia..
kalau tidak..huh..mesti ler borink tahap gaban.....

jom layan gambar akief yang nak gi open house


gambar kat open house tak snap pon..
mama kan cam memalu gitew...
makanan best best..
nasik beriani johor + ayam merah..
satey + lemang....
emmm banyak lagi ler...

yang pastinyer..buat mama hilang pertimbangan..
makan sampai bertambah2..
cemana ler nak diet.....?

16 October 2009

~BELUM TERLAMBAT~

Huhu...
Bizi giler sejak 2 menjak ni...
nak berblog pun tak sempat...

lepas habis jer jaga PMR..
hari rabu n khamis kat skola ader perkembangan staf...
2 hari berturt-turut kena gi skola awal..
pukul 9.30 pagi dah kuar umah..
aper pun tak sempat nak buat...

so kebetulan hari ni cuti..
so mama menyempatkan diri untuk berblog...

13 Oct hari tu..besday akief...
cian akief..
bukan mama lupa nak wat entry...
tapi tu ler..
cam mama cakap tadi..
mama terlalu bizi..
ehh tak sempat wat entry jer tau...
layanan dan belaian untuk akief sentiasa on yerk...

sempena besday akief hari tu..
nenek rose....wat pulut kuning...
yummy...yummyy...sedappp..
dan..sebab akief suka makan kfc..(hehe...kentang jer la....)
nenek belanja kitorang makan KFC..

so jom layan gambar...makan kfc...
cedap..cedap..cedap...





nenek yang rajin melayan akief


mommy n kak intan...

makaceh nenek...
muah..muah... cayang nenek....

14 October 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway


STICKY MODE 
 
SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY HARI INI..
MACEHHH....

Wah..wah..wah...
dah lama mama tak join contest...
bizi memanjang..

so disebabkan contest oleh mamatisya ni tersangat ler senang dan mudahnyer..
so mama mencubakanlah diri..
mana tau ada 'ong'
tapi mama dah sedia maklum...
mama ni kalau nak ikutkan luck..memang selalu tak bernasib baik...
tapi kalau menang contest ni..
mungkin rezeki..
dan mungkin kah tahun ini akan mengubah nasib mama..
hehe...kita nantikan...

so saper2 yang rasa2 nak join..
ni haa syarat2nyer..
 

Syarat-syarat sgt senang & mudah :

  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti
So..harap..ader la rezeki.......
Amin..
hehehe.. 

08 October 2009

07 October 2009

~Nampak Hantu~

Sejak 2 3 hari ni...
mama pelik ler..
si akief kalau time tido..
mesti nak peluk2...
sambil tido dia akan pegang tangan mama..
pastu kalau kita tarik tangan..
dia akan nangis walaupun mata masih pejam...

kenapa ekk..?
takut ker?
mana tau dia ada nampak something..
hehehe...(jauh imiginasiku..kui..kui..kui)
ade saper yg tau?

mlm td...peluk pun tak nak..kasi pegang tangan pun tak nak..last2..mama kasi dia baring atas badan mama..
emm lena tido sampai ke pagi....
apa pesen ler budak nihh sorang...

05 October 2009

~Save Budget~

Kenapa ler hati mama berdebar2...
rasa cam seronok sangat nak beli rumah..
tapi takut tak jadi...
risau owner umah tu pegi settlekan payment...
(hehe..ikut suka dialah..umah dia...)

emm hari sabtu ni ader perkembangan staf..
kat NILAI tuewww....
tapi mama terpaksa ler mintak excuse....
sebab nak gi beli umah ni...

tapi tue ler..
sebut pasal NILAI ni..
mama pun mula ler terpikir2..
pas ni..(kalau jadi ler beli rumah tu)
mama tepaksa ler..
berkorban hobi mama yang suker bershoping..
lepas ni dah tak boleh suker2 ati perabih duit..
tolak hutang itu..tolak utang ini..
gaji mama + gaji abah..tinggal ciputt jer...
huhu...

bulan ni pun...
abah cakap..duit tinggal rm 300 jer..
huhu..
semalam nak makan KFC pun abah tak kasik...
mahal...
(hehe..bagus gak untuk diet mama nih...)

so lepas ni...semua kena ikat...
napsu soping..
napsu makan....

p/s: boleh kurus ker??

02 October 2009

~Pengawas PMR~

Lagi 5 hari pelajar tingkatan 3 akan menghadapi PMR..
mesti berdebar2 kan.....
mama yang tak exam ni pun..
berdebar2..
bukan sebab ader anak ke..sedara mara ke yang ambik PMR...
tapi..
sepanjang PMR ni..mama telah ditugas kan untuk mengawas PMR..
ohhh tidakkkkkkk...
ni first time tau....
last year..nama ada naik untuk jadi pengawas..
tapi mama terpaksa reject dan cari pengganti..
sebabnya..masa tu dah dekat ngan due bersalin...
so tahun ni..menggagau ler..sebabnyer pengawas lain..diorang dah ader pengalaman....
huhu...

jadinyer..semalam mama gi pusat peperiksaan yang ditugaskan untuk mendengar taklimat pengawasan...
cam tecangak2 gak ler..
isi borang itu..
isi borang ini...
seb baik ada gang yang kenal..
tak ler cam rusa masuk kampung...
yang baru kenal pon..cam ok jer..
ramah dan tamah....
nama pun tak tau tapi borak cerita itu ini cam dah kenal 10 tahun..
ok pa cam tu kan...

so...masa taklimat tu..
kitorang dah diberi tugas masing2...
mama hari khamis...8 Oct..kena gi bilik kebal..kat usj 23..untuk ambik exam paper
oppsss..mama nyer pusat exam kat usj 8...
yang tak beshh nyer....7hb hingga 13hb....
mama kena bangun kuar awal....
kena sampai kat usj 8 tu pukul 7 gitew....
dan hari khamis tu..kena sampai 6.45 pagi kat bilik kebal..
huhu...mau pukul 6 dah hantar akief kat taska nih...

dan...
yang BESHH.....ada hari yang boleh balik awal..
tak der paper petang...
yea yea....


ok..chow chin chow..
kalau ader citer menarik nanti mama story mory kat sini...

ehh...semalam kan...
masa dok cek borang OMR..
ader perasan nama sorang candidate PMR ni..
memang nama dia unik dan pelik...

Mat Kena Roll bin Ismail

(kalau student tu atau sedara mara dia yang baca entry ni..jangan marah atau salah sangka..tak der niat yang buruk....kalau boleh nak gak tau..cemana dapat nama tu..)

p/s: OK pada semua calon PMR....yang terbaca entry ni...SELAMAT MENDUDUKI PMR....dan DAPAT MENJAWAB SOALAN YANG DIBERIKAN DENGAN BETUL DAN TEPAT...GOOD LUCK~~

01 October 2009

~Lagi Cerita Pasal Beli Rumah~

Malam selasa ari tu..
masa aku gi amik anak2 kat umah mama rose...
mama rose cakap..agent rumah lelong tu nak datang..
so aku pun tunggu jer..

makanya..pertemuan malam tu...
takde apa2 pun yg berlaku..
wakaka...
hehe......
aku pun tanya ler itu ini kat agent tu..

kalau kita nak beli umah lelong ni..
sebelum tiba hari lelong tu..
deposit umah 5% tu kita kena wat bank draft..
pastu bawak masa hari pelelongan...
menurut agent tu lagi..
umah yang kami plan nak beli ni..
memang tak de sapa lagi yang masuk nama..
makna nyer di sini..tak kan berlaku ler biding membiding...
tp mama rose dah pesan...
kalau ader nama lain..
tok sah dok lawan..
biar kan jer....
tp agent tu kata..
dia akan bagitau kalau ader nama lain yang masuk....

dan....yang paling tak bestnyer....
agent tu ceta..
xcelli...umah ni dah banyak kali lelong....
tapi tiap kali nak sampai hari lelongan tu..
owner tu akan gi langsai utang...
so..bank tak leh nak lelong umah tu..
huhu..  : (

untuk kali ni tak tau ler..
owner tu nak gi langsai utang ke tak..
kena tunggu sampai 10.10 ni ler..
mama rose cakap..
kalau ader rezeki aku...
aku akan dapat ler umah tu..
emm betul jugak kan.....

kay..lah...
tak mau meraban pepanjang....
harap uolls...doakan mama dapat beli yer umah tu....
AMIN....
macehhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...