31 December 2008

Hargailah isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

29 December 2008

Mari Megedit Gambar

hi sumer..

lagi 2 hari kita nak sambut tahun 2009..
cam tak cayerkan dan setahun berlalu..
dah tercapai ker hajat atau azam korang..?

ape2 pon aku wish uols the best n happy new year....



aku ni kalau godek blog ni ader jer yg aku jumpa
ni terjumpa plak software yg bleh edit picture..
(xcelli jumpe kat blog cin..thanx cin)
apa lg sehari suntuk la dok godek nih..


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

24 December 2008

Meruntun JIWA

MATAHARIKU....Agnes Monica

Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menakluKkan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi


23 September 2008

Just 4 U

Before and After....funny but is it true

Before Marriage.... ..

Boy: Yes. At last. It was so hard to wait.

Girl: Do you want me to leave?

Boy: NO! Don't even think about it.

Girl: Do you love me?

Boy: Of course! Over and over!

Girl: Have you ever cheated on me?

Boy: NO! Why are you even asking?

Girl: Will you kiss me?

Boy: Every chance I get!

Girl: Will you hit me?

Boy: Are you crazy! I'm not that kind of person!

Girl: Can I trust you?

Boy: Yes.

Girl: Darling!

After Marriage...... SIMPLY READ FROM BOTTOM TO TOP--

13 August 2008

04 August 2008

Kerana Aku tak larat

hehe...
boring giler..
dah lama aku tak hapdet blog ni...

bz..penat..takder masa..
smua tu alasan naper aku tak update blog..

ari sabtu ari tu g pureen sale..
beli baju for new baby..
abis rm500++
aku bajet dlm rm300 jerk..
hehe..

nah jamu mata...


Photobucket


baju kat anak dara ku pun byk gak ku rembat..
tutup pasal sale..
nak citer pasal ari nih..
....................

aku gi keja cam besa..
ingat nak mintak balik awal..
tp dah tak dpt xtra work
so aku stay sampai cukup jam..
abih kan keja yg belambak..
tp tak abis gak..

kawan aku yang sorang ni..
aku pun tak tau aper problem dia..
suka citer yang bukan2..
naik pening pala aku..

hehe aper yg diciternyer tu bior la rahsia..
hanya aku yang tahu..
kadang2 boring gak dgr citer dia ni..
tapi aku tetap aku..
layannnn jerk..

cam tak menarik jerk..
tak der mood la
kay la chow dulu..
anak daraku ngan abahnyer dah tido..
so aku pun nak g tido
----daaaaaaaaaa------

10 July 2008

15 May 2008

KERANA boringgg

Naper la photobucket ni lembab bangat......
takder aper nak update..

ni je la yg aku dok wat td....
mengedit gambar...
berejam-rejam....

Photobucket

pegi sekolah ari ni cam bangang....
penat gilo weh...
aku bawak 2 botol air..
emm ebis...dahaga giler..

bebudak plak macam lupa bawak telinga..
skali jerit skali diam..
pastu bising balik..
bohsannn....

andai aku leh cari keja lain..
yang gaji lg lumayan..
muahaha...

mau aku cabut dari sini...

Mama Mencari Teman Lama

Sesiapa yang rasa dia dari salah satu kategori di bawah..
jenguk2 dan tegor lah mama..
rindu sesangat kat korunk...

1. X-Sek Men Syed Alwi(92-96)
2. X-Sek Ren Bohor Mali
3. X-DCS UITM, Arau(97-01)
4. X-UPSI, Math/IT(02-06)
5. Anak bumi Perlis(Bohor Mali)
6. Adik Beradik Dekat dan Jauh..
7. Guru2 dan pelajar Sek Ren Padang Besar(S)
8. Guru2 dan pelajar Methodist,Tjg Malim

13 May 2008

@ Bukit Cahaya Seri Alam

11 may 2008...
pegi Bukit Cherakah
@
Bukit Cahaya Sri Alam
sudah tuko nama ooo

opis abah wat famili day...
xcelli bkn opis pun..
just sport club jerk....
saje jer abah menyibukkan diri..
mama n si kecik menumpang jer la..
hehehe...

ok gak la xtiviti dorang..
ader manyak game....
happeeeening la..

mama ngan abah ader gak join one of the game..
tapi kalah...
emmm rasa cam menang tp dorang tu cam kecoh jer..
muahaha...

tapi....
ok gak la tak menang yg tu..
hadiah nyer tak beshh sgt...

si kecik menang hadiah misteri..
belon kaler silver....
dapat hadiah tempat letak kunci...
not bad la..

rasanya itu je la kot yang mama nak update...
yeye..cuti sekolah mau balik kampung....

ok..kita cuci mata dulu..
cuma amik gambar masa mandi jer...
:)


Si Kecik main air.....

Photobucket


Photobucket

beshhh nyer....


Photobucket

readyyyy.....cak..


Photobucket

ehh...malu ler plak..

ok..
....chowww....

08 May 2008

KERANA aksinyaaa...

si kecik dan basikal nya

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

...chowww...

04 April 2008

KERANA Nak Pergi T'ganu..

hi...
lama giler tak update blog..
tapi aper nak risau..
tak der sapa nak kacau pasal blog aku nih..
bukan ader orang nak cek pun..

emm..kali ni aku nak update ceta p T'ganu aritu..
hehe..aku ponteg sekolah 2 hari sebab nak pegi jln2..
giler tul...

tapi cam besh gak la..
baik sket dari pi Melaka ari tu..

tp ada gak yang spoilt nyer..
kitorang pegi tido kat Strawbery Kijal..
hotel yang ingatkan elok tu..
rupernyer hampeh..
banyak blok yang dah tutup..
siol betul..

next day plak kami gi tido kat chalet ape ntah name..
tak ingat plak..
besh giler..tepi pantai..
bole mandi laut puas2..
naik kilat muka..

kalau tau cam ni..
terus serbu chalet tu pun tak per..

bila la nak gi plak...
emm...beshhhh

ok lah..nanti aku update gambaR.

photobucket lembab bangat..

15 March 2008

KERANA aku bz bangat..

hai..
lama benor aku tak belek blog ni..
bz giler..

keje sekolah berlambak tak siap..
lesson plan entah dari hari aper aku tak buat..
nasib baik la depa tak kutip hari tu..
alamatnya rekod itam lagi la aku..


tensenn...
cuti ada 3 hari ja lagik..

rasa tak puas nak rehat..
lagi pulak...
kebelakangan ni badan aku
cam lemau semacam jerk..
letih tak memau..

selera makan pun ilang..
ops..bila masak sendiri la..
kalau beli nasik luar
aku baham mcm rimau lapar gak..

si kecik plak..
buasnyer kenmain..
lotih aku nak jaga..

bila la si kecik nak pandai cakap..
susah gak bila aku tak paham aper dia ckp..
sebab dia dah pandai nak itu ini..
yang dia pandai sebut
dan aku paham pun..
nak 'tou-tou'...
maksudnya nak susu..
kengkadang nak 'tou' jer bunyinyer..
aku akan tanya sampai la dia ckp 'tou-tou'
baru aku bangun gi buat susu

lagi satu..dah ader habit baru..
nak minum susu..
nak tido..
kena ader little..
bantal pelok..(abah dia ajar pggl little)
aku pun tak tau aper kaitannya..
ikut korang laa..
asalkan tak nyusahkan aku udah ler..
muahaha..

kay la aku nak tgk bella jap..
tak sempat nak tgk ari khamis aritu..

bye..da...
.....................

17 February 2008

KERANA Aku ingin Mencuba

Bahan-Bahan:

puding:
1 tin susu cair
1/2 tin air (tin susu)
sedikit gula
4 biji telur
2 tutup esen vanila

gula hangus:
2 sudu besar gula
1/3 cawan air

Cara:
untuk gula hangus,
gula dimasak bersama air di dalam loyang.
biar sehingga kekuningan dan alihkan dr api.
gula akan beku dan berkaca.
panaskan periuk kukus.
bancuhkan susu cair bersama air dan gula,
pukul telur dan esen vanila sehingga kembang
dan campur bersama susu yang telah sebati.
masukkan adunan tersebut ke dalam
loyang yang berisi gula hangus.
Apabila periuk kukus panas,
masukkan adunan tersebut untuk dikukus.
kukus dalam masa 20 minit atau sehingga masak.

apabila sudah masak, biarkan ia sejuk dahulu
sebelum ditelangkupkan di atas pinggan..


Photobucket

16 February 2008

KERANA Kecewa..........

hari ni hari Jumaat...
gi sekolah lambat sket..
so ada masa nak surve internet..
aku nak cari resepi PUDING KARAMEL..
hatiku memang frust giler bila mengenangkan
puding ku semalam..
hu..hu..hu..

emm..banyak gak ilmu yang aku dapat..
rupanyer.. kena tapis sebelum masukkan ke dalam loyang..
api tak boleh terlalu kuat..
telur tak boleh kacau sampai berbuih..

dalam dok cari2 resepi n tips..
aku terjumpa ini..
so check it out..

'Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (QS:12:111)'

Islam larang sambut Hari Valentine

Pasangan umat Islam yang bercinta dilarang menyambut dan meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih kerana ia diharamkan oleh Islam, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu Muhammad Ramli Nuh.

Katanya Hari Valentine, yang disambut esok, boleh diibaratkan sebagai mengiktiraf musuh Islam kerana Valentine atau Valentinus terbabit merancang dan menyerang, sekaligus memusnahkan tamadun Islam di Cordoba.

"Orang Islam tidak sepatut meraikannya kerana ia seolah-olah mengiktiraf pihak yang bertanggungjawab memusnahkan sebuah tamadun Islam di Sepanyol," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawwuf Nusantara di sini.

Muhammad Ramli berkata ada pasangan menjadikan Hari Kekasih yang diraikan 14 Feb setiap tahun sebagai alasan untuk berjumpa dan ini akhirnya boleh menyebabkan berlaku perkara terlarang.

15 February 2008

KERANA Sebekas Puding Karamel

hari ni 14 FEBRUARI...
hari berkasih sayang..
tapi aku tak raikan pon..
takder pekdahnyer..
sebab tiap2 hari memang hidupku penuh dgn kasih sayang..

anyway..aper yang aku nak cerita ni..
yang pastinya tiada kaitan dgn 14 Februari..

hari ni aku pegi sekolah cam biasa..
bz giler..
rasa cam nak tercabut urat sendi..
timetable pack giler..7 period..

nak pegi kantin ngan my fren pun tak sempat..
alih2 my fren pegi sorang2..cian dier..
pastu dia kasik puding karamel yang dibeli kat kantin..

beshhh jer aku nengok puding tu..
smooth giler..
rasanyer plaks..maneh giloksss
kalau makan 3 4 bekas leh potong kaki..

so aku cam besa ler..
kalo tak puas hati..balik umah mesti nak wat semula..
dan yang paling penting..
suma bahan kat umah memang dah cukup..

sampai jer umah..
emm aper lagi...
mula lah aku ngoseh2 kan bahan2 dan masak cam cefwan
1st time aku wat puding karamel ari tu rasa cam telur rebus..
kali ni mesti cedappp punyer..

setelah berpenat,berpeluh dan segala ber...
maka tersiaplah puding karamel ku...

tapi hanya Tuhan saja yang tahu...
kalau Puding kat sekolah tadi maneh..
puding yang aku wat 40kali bapok maneh..
makan 2 camca pun boleh potong kaki...
ceh..cemana leh jadi gitew..
frust giler aku..

dan akhirnya puding ku itu...
ku suapkan ke mulut
TONG SAMPAH..
kerana tong sampah memang dah tak der kaki

.....................

14 February 2008

KERANA Aku kekeringan Idea..

Sepatutnya my "BEST FRIEND"
datang hari ni..

tapi tak kunjung tiba..

..apakah aku...

Photobucket

07 February 2008

KERANA Orang nak Datang

ohh..alangkah bahagianya hati ku.....
hari ni dah mula cuti..

kerja ku yang tak siap2 tu..
aku bawak balik rumah..
konon2 nya nak buat la..
ntah boleh ke tidak..
muahaha..

arini aku mula kemas umah..
basuh baju..(bermesin2)
kalau mesin tu boleh cakap
mesti aku ni dah kena cerkah...

lipat baju...yang berbakul2..
tak pasti stok bila punyer...

dan akhir sekali mop lantai..

uihh...lotih giler..

malamnyer kuar amik mommy n famili
kat Restoran Jejantas Sg Buloh..
tak tau jalan nak mai umah aku..
dalam kul 11 gitew..

so malam tu dinner ngan satey kajang jerk..
save tenaga aku...
tak payah nak masak..

sampai umah dlm kul 12..
walaupun lotih giler tp mata tetap tak leh tido..
sambung gosip yang tergendala tadi..
hehe..sempat gosip masa tgh makan satey td..
muahaha..

apala nak jadik ngan sedara2 ku..
ehh..hok sorang tu memang aku tak ngaku sedara..
lantak diorang la..asalkan tak kacau aku sodaaa...

hot story dah abis mata pun makin sempit...
mulut lak yang luas..

so masuk tido sebab sok nak pegi MELAKA..
...beshnyer...

nantikan gambar2 di Melaka..

06 February 2008

KERANA Esok Cuti Sekolah

Beshh nyer esok aku dapat xtra cuti...
sempena CNY..
boleh ler ngemas umah..
dan buat aper yang patut..

mommy n famili nak datang...
plan nak gi ronda Bandaraya Melaka..
hehe...

keja belambak hak...
wat masa cuti la..
lama oo cuti..
hehe..cam angan2 mat jenin ja..

ok la..
jom pi cekolah...

bagi yang meraikannya....


gong xi fat chai

Gong Xi Fat Chai

and

...HAPPY HOLIDAY...

23 January 2008

Esok cuti...

hi...
Aku sebenarnyer dah tak der idea
nak update blog ni..
rasa cam dah abis citer..

tapi..

rasa cam banyak benda nak citer...
hehe..ntah ape2 je aku nihh..

ok la 1st of all..
SOK CUTII..

...muahaha...
plan nak gi jenjalan..
tp bucuk lak ader keje..
cian bucuk bz giler..
kejer belambak katenyer..

aku laks cam besa..
relex jerk..
keja byk gak yg tak setel..
opss keja sekolah dah separuh yg setel..
keja kat rumah ni yg bertimbun balik..

baju berbakul tak lipat...
kan beshh kalau ader mesin lipat baju..

...muahaha...

so..besok nak setel kan keja..
nak kemas umah..

n...tgu bucuk balik..
nak gi tengok umah..

penat lah ari2 drive gi sekolah..
dah la jauh..
lalu tol lagi..

si kecik laks..
tiap kali lau tol..
dier yg nak touch..T&G tu..

tak kasik..
mau ngamuk dlm keta..

hopefully dapat la umah yg dekat ngan sekolah..
tak ler ngabihkan duit kat tol tu..
n..jimat sket masa..

tp tu ler pasal..
umah sewa area tu sumer around rm800
botak paler pikir nak membayo nyer bulan2..

tp apa2 pun gi sebey dulu besok..

ok lah...
bucuk n si kecik dah nak tido..

aku pun nak tido dah..

.......chow chin chow......

...........

22 January 2008

Siann Anak ku........

emmm...hari ni memang trajis toll laa...
si kecik terkurung dalam rumah sorang2...
sib baik kejap jer..

20 January 2008

kena keja.....

hari ni sekolah ler plakss...
ganti untuk raye cina nanti..
boringnyer..

P&P sampai masa ke-3 jer..
sib baik aku free..
hehe..
so tak yah prepare ape2...

lepas rehat ader AGM
a.k.a mesyuarat agung for ko-ko..

aku jadi guru penasihat
kelab ICT..
..muahaha..

dan akhirnya..
tepat 5.45pm
keboringan pon hilang...
BALIK......

si kecik ngan bucuk dah tunggu
chow chin chow...

17 January 2008

13 January 2008

Hello...

Photobucket

11 January 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah...

hari ni cuti..
dok umah layan si kecik n bapak si kecik...

tak der idea nak update blog...

check it out..
Photobucket


Photobucket


sEMoGa tAHun Baru AkaN MeMBaWa Sinar DalAm HidUP kU..
...AMIN...
...............

10 January 2008

Aku Masih Di Sini..............

kalau dikira...dihitung...
dah lama aku tak tulis aper2 kat blog ni..

emm.. sebok...
tak sempat nak tulis..
padahal macam2 stori ader...

hari ni dah masuk hari ke-6
aku g sekolah baru..

macam2 yang aku jumpa kat sekolah baru..
cikgu2 yang ala cam datin..
yang sombong..
yang baik..
yang peramah..
yang kedekut senyum..
aku lak...
cam aku laa...

time rajin nak senyum..
aku sengeh cam kerang busuk..
time malas nak layan..
aku wat muka sekupang jerk..
lantakss la diorang nak kata aper pon...

aku tetap aku...

emm..
ok lah..tak leh lelama...
banyak keja nak kena buat..
nanti aku update lagik...
daaaaaaaaaa..

03 January 2008

...Happy New Year...

rasanya tak lambat lagi kot aku nak wish
happy new year..

kejap jer kan 2007..

pejam celik pejam celik...

dah 2008

cam besa malam countdown
mesti la kuar..

aku pegi dataran merdeka..

perghh boleh tahan gak parking..
jauh giler..

orang tak yah nak kira ler..

tapi yang aku hairan..
bila ditengok..ditenung..

ramai orang luar yang pegi sambut new year
kat dataran merdeka tu..

naik kejut gak...

mana tau ader yg nekad ker..
keh..keh..keh..

tp alhamdulillah..
aku balik dengan selamatnya..

alamak hujan..
nak kena stop..nanti aku sambung lagik..
*blom abis ceta ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...