24 August 2009

~SAH.......Guru SMK USJ 12 korban H1N1~


PUTRAJAYA: Seorang guru wanita berusia 38 tahun daripada SMK USJ12 yang meninggal dunia pada 19 Ogos lalu menjadi korban terbaru virus H1N1 sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 69 orang, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, mangsa sebelum itu telah mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos selepas demam dan batuk selama dua hari.

Menurut Liow, daripada ujian segera yang dijalankan, mangsa turut didapati positif Influenza A dan diberikan rawatan simptomatik tanpa melibatkan rawatan antiviral Tamiflu.

"Lima hari selepas menerima rawatan untuk Influenza A, pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 20 Ogos selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan 'cyanosis'.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan diberikan rawatan tamiflu, namun disahkan meninggal dunia pada 19 Ogos akibat pneumonia dan keputusan swab tekak pada 20 Ogos mengesahkan mangsa positif H1N1," katanya.

Liow juga berkata, 1,455 pesakit penyakit seperti influenza (ILI) sedang dirawat di 85 buah hospital, termasuk empat hospital swasta di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, hanya 285 pesakit disahkan menghidap H1N1, dengan 39 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk dua kemasukan baru.

"Daripada 39 kes itu, 33 kes melibatkan pesakit yang berisiko iaitu penyakit kronik, obesiti, diabetes, kanak-kanak/bayi, penyakit respiratori kronik, postnatal dan Sindrom Down," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan mengadakan perjumpaan dan taklimat kepada semua hospital dan klinik swasta untuk memberikan garis panduan yang lebih jelas kepada mereka dalam mengendalikan rawatan dan kes Influenza A (H1N1).

Liow berkata, garis panduan itu bagi menangani kekeliruan yang seringkali wujud di kalangan pengamal perubatan swasta dalam menangani kes-kes sedemikian.

Katanya lagi, perjumpaan tersebut dijangka diadakan dalam minggu ini dan ia diharap dapat membantu mereka menangani kes H1N1 dengan lebih cepat dan cekap.

"Selain memberikan rawatan dengan cepat dan cekap, kita juga berharap agar klinik dan hospital swasta ini mempunyai bekalan antiviral yang mencukupi untuk diberikan kepada pesakit yang menunjukkan simptomsimptom H1N1," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi taklimat H1N1 kepada media di sini hari ini.

Beliau turut meminta agar media tidak bergantung kepada statistik kes untuk membuat laporan berhubung situasi terkini H1N1 kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar. "Bilangan kes yang dilaporkan setiap hari tidak menggambarkan keadaan sebenar dan boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan masyarakat," katanya. BERNAMA

*cyanosis - blueness or lividness of the skin, as from imperfectly oxygenated blood.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/24/mstar_berita/20090824160220&sec=mstar_berita

20 August 2009

~WARGA SMK USJ 12 DIKUARANTIN~

Sehubung dengan kes guru meninggal..
dan pelajar tidak datang ke sekolah..
serta atas desakan ibu bapa yang risau
tentang kesihatan dan keselamatan anak2 mereka...
oleh itu warga twelveans diberi cuti awal sehari....
yang sepatutnya..
cuti sekolah bermula pada hari sabtu...
dan dengan itu di harap semua yang terlibat
akan mengkuarantinkan diri..
jika terpaksa berurusan di luar..
pakai lah topeng penutup mulut dan hidung...

semoga kita semua dipeliharaNYA...
~Amin~

19 August 2009

~CIKGU SMK USJ 12 MENINGGAL~

Hari ni kat sekolah aku gempar sebab
salah seorang cikgu sesi pagi telah meninggal dunia...
memang kecoh giler..
masa aku sampai sekolah..
siap ader wartawan lagi dok snap gambar segala bagai...

pelajar sesi pagi...lepas rehat jer..
parents terus berduyun datang ambik...

pastu sesi petang.
korang boleh bayang la..
skolah sunyi sepi...
ada yang datang...
tapi bila dapat tahu berita terus call parents datang ambil...
cuma ada lima orang jer yang still tunggu sampai sesi persekolahan tamat..

pelik betul la..
kenapa ler tak tutup jer terus sekolah...
khamis dan jumaat..sekolah seperti biasa....

setakat ni..jabatan kesihatan cuma mendapat laporan..
cikgu berkenaan dikatakan meninggal disebabkan kegagalan paru-paru,
dan bebas dari H1N1..
tapi.......bukan ker...tu salah satu symptom H1N1...

aku pun tak berani nak kata...
sama ada kes ni nak dirahsiakan atau sebaliknya...
tapi ada juga kawan baik cikgu ni..
dah terjangkit...
laporan yang kami dapat dari pihak atasan..
cikgu tu cuma positive H1....H1 sajer..bukan H1N1...
ni lagi ler aku pelik...
ader pulak virus H1 sajer...seblm ni tak pernah dengar..
influenza A ada ler...
dan cikgu2 yang duduk berhampiran dengan meja cikgu yang meninggal ni..
sudah pun menunjukkan symptom2 demam...
pelajar2 pulak..jangan dicerita la..memang ramai yang demam..batuk..selsema dan segala bagai....
emm....memang bahaya betul..
sekolah memang tempat penyebaran segala2nya...
jadi sesiapa yang rasa beliau atau anak2 yang ada symptom2 demam n selsema..
tak perlu lah dihantar ke sekolah..pantau la anak2 kat rumah..
lebih selamat.....

dan apa yang aku rasa..sekolah patut ditutup..
nak tunggu student mati dulu baru nak bertindak..
tak der guna..
last2 parents tuding jari kat sekolah jugak...
(cikgu mati..masih pejam mata lagi)

18 August 2009

~GEDIKSSS NYERR~~


Sebelum tu..kalau sapa peminat waheeda wassini atau ustaz gelenyar..
tak payah ler nak baca n3 ni..

bila tengok gambar ni..
secara normalnye..
kita boleh terima..
setiap pasangan akan tersenyum sampai ke telinga jika dapat naik pelamin..
tapi kalau pasangan ni...yang muka memang tak tahu malu...
nak cover..cover..tapi macam bangang jer..

tak logik langsung..
baru sebulan bercerai..
dah dibukakan pintu hati untuk jatuh cinta..
dan terus kahwin pulak tu..
macam nak bodohkan peminat jer bunyik nyer..

eeee..memang bangang...
dan aper yang aku boleh komen..
kan ker diorang dah kawen dari dulu lagi..
dan aku rasa..ntah2 dalam perut si waheeda tu dah ader baby..
(aku bukan fitnah..tu anak haram yerk..diorang dah kawen awal lagi...kawen kali ni cuma nak tutup mata peminat yang boleh diperbodohkan..)

hheheehe..tu yang cepat jer kawen tu...

emmm cukup la mengutuk..
untuk puas kan ati aku yang meluat..
bila tengok dan dengar ceta tentang diorang nihh..
(aku peminat waheeda gak suatu masa dulu..huhu)

~Info penting bagi umat Islam~

Kalau kamu seorang muslim,jangan kata 'mosque'
tapi 'masjid'
kerana organisasi Islam menemukan bahawa
'mosque'= nyamuk!


Jangan tulis 'mecca'
tapi 'Mekah'
kerana 'mecca'= rumah anggur/bir.


Jangan tulis 'mohd'
tapi tulislah dengan lengkap 'Muhammad'
kerana 'mohd' = anjing bermulut besar!


Jangan tulis '4JJI'
tapi tulislah "ALLAH SWT"
kerana'4JJI'= For Judas Jesus Isa Al-masih.


Jangan tulis 'Askum,Akum'
tapi tulislah lengkap 'Assalamualaikum' atau 'salam'
kerana Askum = celakalah kamu!

p/s:ya..ALLAH...betapa jahilnya aku..huhu.....jadi renung2kan lah.......buatlah yang baik tinggalkan yang buruk.......

11 August 2009

~BILA AKU TERLALU MALAS~

Dah sepurnama aku tak menjengok meng'update' blog ni..
Rasa cam dah banyak sawang...
Sejak balik dari pangkor hari tu...kerja berlambak nak kena settle..
emm bizi giler..
so..bila dah bizi..mula ler idea nak merepek meraban hilang...
harap2...dengan n3 kali ni..
semangat untuk berblog datang balik....
(keje pun dah makin kurang sket)

so untuk hiburkan hati...
aku snap jer la..gambar anak dara ku itew yang tersangat ler suker melaram + bergaya memacam aksi....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...