01 November 2013

#RESEPI : : KEK KEJU MELELEH

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat... 

Selamat datang NOVEMBER...
Babai to OKTOBER...

Hari ni buka jer pesbuk.. terus nampak makanan.
Hurmm bercheese2 plak tu..

Dengan pantasnya..menggerakkan mouse untuk kopi n pes (copy & paste) resepi..
Mana tau..suatu hari nanti teringin nak buat..
Nak buat sekarang.. masa tak mengizinkan untuk g cari bahan2..

Mula tu nak simpan dalam bentuk word jer...
Tetiba teringat kat blog bersawang ni
Baik simpan dalam blog.. InsyaAllah x hilang...

OK..tamau cerita panjang2.. sapa yang nak tgk resepi.. bole scroll ke bawah yer..

Perggghhhhhh!!!... LaazZZaaaTTTT nyerrr!!!


Kek Keju Meleleh
Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair

Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
4)Bakar dalam oven pada suhu 160c-170c selama 45 minit @sehingga masak.

Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.

~Selamat Mencuba ^_^~

Daa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...