30 May 2012

AKIEF FAHMIE JUMPA DOKTOR GIGI.. PART 2


Hehehe...
ala-ala ceta mr bean plak.. ada part 1 part 2....

okey..al-kisahnyer part 2..

Sampai klinik gigi.. baru nak main2 kejap.. nurse dah panggil masuk bilik rawatan...
owhh kali ni dapat doktor 'boy'....

macam biasa pujuk punya pujuk... abah pon dah siap posing atas kerusi..
si ami lak tak nak buka mulut..
puas ler doktor 'boy' tu pujuk..

BOLAYAN!!!

Pastu weolls decide.. kuar main2 kat luar dulu...
kasi puas main dulu.. mungkin mood kurang okey sebab tadi masa otw ke klinik si ami ni tertido..

Sesi pujuk memujuk diteruskan lagi....
bla..bla...bla....

Last skali pujuk.... kata nak tukar doktor..
nak doktor girl...

BARU LAH OKEY... (huh legaa...)

Hari ni... doktor akan menampal 2 batang gigi..
yang 1 batang tu dah tak boleh diselamatkan lagi..
kalau tampal pon.. mungkin akan bengkak.. koz doktor kata lobangnya dah sampai ke saraf....

disebabkan TERASYIK dok tengok doktor wat rawatan lupa nak snap picture banyak2..
hehhe...
cuma ada 1 ni jerr...

LAYAN~
tengok tu... sangat sporting okey.....

sesi perbualan ami ngan doktor girl..

doktor: fahmie dah berapa tahun..
ami: 4 tahun (dibantu oleh abah..kalau tak dia jawab 6 ja..)
doktor: minum susu dalam botol lagi ker? dah tak boleh tau... kena minum guna cawan.. kalau tak nanti gigi rosak...

Balik rumah... minta susu dalam cawan.... ingat gimik sehari 2 ja..
Rupanya... bukan hangat2 taik ayam....

Dan bermula dari hari sabtu hari tu... tak pernah dah minum guna botol...
Doktor cakap skali dah ikut... huhu kuat sungguh pengaruh doktor ni...

p/s: hari ni pegi taska.... japgi balik umah nenek... selalu nenek polok2 time minum susu... hr ni tak tau ler cemana...hehhehe

PART 1 ada kat SINI

Nak tengok2 barang baby.. klik SINI

29 May 2012

AKIEF FAHMIE JUMPA DOKTOR GIGI... PART 1


Hi uolls....

Dah nak masuk tengah hari kan.... kalau minggu2 sebelum ni.. time ni mama dah sebuk2 bersiap untuk ke skol.. tapi minggu ni kan dah mula cuti pertengahan tahun..... yezzaaa... best nyer boleh rehat2 selama 2 minggu.....

excelli hari ni mama nak ceta pasal si akief fahmie gi jumpa dentist 2 minggu lepas... sambungan appoitment yang kedua.. hari sabtu baru2 ni.. nanti mama update part 2..

OK... jom kita layan boboiboy check up gigi...

Setelah dipujuk2.... akhirnya.. nak jugak buka mulut....
tapi... encik abah terpaksa 'posing' gak atas kerusi tu..hehhe

ada 3 gigi yang perlu ditampal... tapi doktor takkan buat hari ni...
takut si fahmie ni takut.. terus tak nak datang dah pastu...
so hari ni dia kasi geli2 sket..
cuci gigi dengan berus putar2...hahahahha
(padahal bukan geli pon..doktor kata kalau kena gusi boleh berdarah..heheh)


Doktor ni... sangat2 baik okehh....
tapi lupa nak tya nama..... :)

yeaaah.... lepas cek gigi... doktor kasi upah.. "ikan gegirl"


Disebabkan dapat ikan gegirl tu... si kakak pon nak ler jugak....

gigi kakak memang cun melecun macam gigi abah.....
so tak perlu nak tampal2 lagi dah..
doktor cuma cuci guna berus putar2..


yeaaaa... kakak pon dapat..."ikan josss"

p/s : nanti update part 2 plak..... harap2 mood rajin hari ni..hehhe



14 May 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

p/s: risau nyer.. anak2 sebelum ni mmg kasi jer air kosong suam tu..bila baca artikel ni takut pulak.. insyaAllah baby kali ni nak try elakkkan... tapi botol comel untuk baby minum air masak dah beli... wink..wink!!

10 May 2012

APA ADA DENGAN HARI KHAMIS..?


Salam hari khamis.....

yezzaaaa... dah hari khamis..
esok jumaat.... dan lepas tu sabtu dan ahad....
suker...suker..sukeer

walaupun minggu ni cuma 3 hari jer mama gi keja (itupun kalau esok tak ponteng lagi lah)
tapi.. perasaan tu cam seminggu jugak...
almaklumlah kesihatan sekarang sangat2 tidak memuaskan...

bangun pagi tadi.... ehh cam dah tak sakit lah kaki ni.. terus buat aksi2 angkat kaki acrobatik....
suka ya amat.. harap2 terus baik...

tapi... bila dah bangun..duduk..buat keja..itu ini... sakit dah mula datang balik...
terpaksa lah jalan terkedek2 lagi...
adusss sakitttt.....

dah 3 malam planning nak gi umah mak bidan.. nak urut kan pewot ni..
ramai kengkawan kata "mungkin baby tersepit"..
itu yang buat mama rasa tak selesa dan sakit2...
nak kena gi berurut dan naikkan baby ke atas sket....
tapi malam pertama dan kedua.. mak bidan takde.. pegi umah anak dia..
malam tadi pulak..call...call..call.. tapi line bz....
mungkin diorang salah letak gagang tepon....
(mak bidan oiitt...kenapa laa makcik tak pakai henponn..kan sonang....den nak nepon..)

ermmm..
harap2 malam ni..ada ler mak bidan tu kat umah....
dah tak larat nak jalan terkedek2..tersenget2...
mengalahkan orang yang tengah menunggu hari ja..


p/s: gaya dah macam org baru lepas bersalin pun ada... 
student tgk pon naik risau..."cegu nak banak dah er?"....huhu



09 May 2012

SIAPA SAYA....?


Pagi semua.....

Anak2 uolls kuat terpengaruh tak?? 
(heheh bagi yang ada anak cuba ler jawab.. yang belum ada anak..cuba renung2kan masa anda kanak2 dulu...)

sebelum tu jom kita tgk.. siapa saya ni yer...


haaa... cuba teka.. siapa saya..??

hahah..ni ler si akief fahmie.. anak bujang mama.... sungguh kuat kesan pengaruhannya.... ni gara2 tengok upin ipin yang pakai topeng tu.. ntah episod apa mama pun kurang pasti....

hari2 tanya.. 
mama dah beli topeng..?
mama..beli topeng tak..?
kenapa mama tak beli topeng..?

huh.. jenuh jugak nak menjawab....

seb baik.. masa gi umah nenek, dia terjumpa topeng itik ni... boleh ler senyapkan mulut dia kejap dr bertanya pasal topeng...
excelli ada 2.. satu lagi gajah.. hahhaha
cam kelakar jer tgk ami pakai topeng2 ni.....

p/s: sib baik kecik...kalau besar mama pon nak try pakai dan amik gambar..hhehehe
(ehh mama pon kategori kuat terpengaruh gak ker?  peace..)

08 May 2012

@ 29 WEEKS....


Hi uolls...

Wah lama benar mama tak mencoret di sini.. nak kata tak masuk... penipu besar lah... hari2 jengok blog.. tapi malas nak update..... simptom M yang melanda kali ni sangat2 teruk..hehhe

Ok lah.. apa yang 29 weeks tu?? excelli sekrang ni dalam pewoot mama ni ada si tomel... hehhe.... sebab tu simptom M bermaharaja lela....

K lahh.. just nak update tu jer..

p/s: sedang mencari2 mood rajin supaya datang dekat2....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...